Wednesday 30 January 2013

Bukan kita sorg je yg tinggal kat atas bumi ni

Post tittle aku agak panjang but who cares? Ada aku kesah? Tak. Kau kesah? Tak. Najib kesah? Tak. No one cares. Biarlah tajuk post aku panjang macam ular sekali pun. Yang penting, post aku ada tajuk. Daripada kau tu, asyik terlupa nak letak tajuk. Main post je. (Sapa tu eh?)




Berkenaan dgn tajuk di atas, yes. Memang bukan kita sorg je kot yg tinggal kat atas bumi ni. Lain la kalau mata kau dah dikaburi dengan uwang(wang). Bukan takat mata je kabur, hati pun boleh kabur, kut? Ntah. Aku tak pernah rasa jadi orang kaya. Screw anda semua. Bumi ni milik Allah. Allah jadikan bumi ini untuk manusia. Anda haruslah ingat bhw masih ada org lain yg hidup menumpang di atas bumi ini selain daripada diri anda yang egonya agak tinggi jugak. Saje aku nak remind kan benda ini dengan korang. Melayu kan mudah lupa. Bukan takat melayu je. Ini mesti di-ingati ye adik2, kakak2, abg2, pakcik makcik atok ninek sekalian.





Dan gue masih tak faham2 kok kenapa masih ada org yg rasa hanya diri dia sahaje yang tinggal di muka bumi ini. Cuba kita post something yg berbaur sindiran dekat twitter/fb/blog or blablabla, mesti ramai yg terasa, even though kita tujukan benda tu just for one reason. Ish, orang nak berbalas-balas sindiran pun tak senang lah kau ni. Pergilah hancurkan hari orang lain. Kenapa mesti aku jugak yang kau target. Stupid joykiller. Elok-elok aku sindir 1 orang, dah bertambah jadi 2. Eh, aku hanya ada 1 hati lah. Mana boleh treat orang banyak-banyak.




Aku? Aku selalu kena. Tak ape, sindiran itu bagus untuk kehidupan. Aku rasa benda yang dipanggil sebagai sindiran ni harus dijadikan makanan dan semua orang harus merasainya. Dan kalaulah cadangan aku untuk menjadikan sindiran ini sbg makanan ini diluluskan, aku rasa sindiran ini haruslah diletakkan sama baris dengan makanan-makanan yang berada dikategori pedas. Sesape yang tak tahan pedas, harus la jaga perilaku dan sentiasa lah menggunakan otak. Kalau tak suka makanan pedas, order lah pancake atau waffle. Jangan sesekali berani order nasi dan sambal belacan yang diperbuat daripada Jalapeño. Tu pun kalau ada. Kalau dah tahu diri tu tak mampu menerima sindiran, jangan lah kau memulakan langkah untuk memerangkap diri kau sendiri. Okay? Kalau kita sindir seseorang tu, tetapi orang lain pulak yang terasa, itu biasalah. Sifat manusia yang kita tak boleh kikis. Tak payah nak cakap pasal orang lain la. Diri sendiri pun sama.




Apa yang penting, sindiran itu kedengaran lebih 'mulia' lah jugak daripada 'fitnah'. Sesungguhnya binatang yang digelar fitnah itu adalah sesuatu yang mampu mengundang keburukan yang dasyat seperti membunuh. Bunuh perasan, bunuh talian persaudaraan dan persahabatan. Make sense jugak, dalam Islam, dosa orang yang menabur fitnah ni sama level dengan membunuh. Mungkin lebih? Aku rasa kau mesti tahu. Tak mungkin kau tak tahu. Kalau kau tak tahu, aku tak tahu nak kata apa-apa lagi. Hanya mampu menyedekahkan perasaan simpati dan kasihan. So, kalau taknok gelabah nenen, hentikan.






Ditujukan khas kepada sape-sape yang pernah terasa makan Jalapeño aku. Dan aku tujukan entry ini khas kepada aku jugak. Eh biarlah!