Friday, 1 February 2013

Saya suka mandi lama lama.

HAHAHAHAHAHAHAHA. Aku tak tahu kenapa aku ketawa padahal aku tgh tension sbb broadband aku hilang, pakcik aku desak kerja tu, kerja ni, tapi dia tak tahu yg aku nak tenangkan diri dulu, tension sebab makcik cakap tak sure lagi nak balik ke tak CNY ni, tension sebab berat badan naik, tension sebab selalu sangat makan, tension dengan budak-budak, tension dengan hidup, tension dengan kucing, tension dengan langsir, tension dengan meja kat sebelah, dan macam-macam lagi. Kau tengok, org bila dah tension, benda yang tak sepatutnya jadi masalah pun boleh jadi masalah. Janganlah buat org tension okay.




Aku tahu aku tak patut bawak keluar isu yang sepatutnya hanya stay di dalam jamban seperti mandi. Tapi aku nak tanya korang something. Paling lama kau mandi, berapa JAM? Eh, ada ke manusia yang mandi sampai 12 jam? Mampus badan kau berkedut. Tapi seriously, berapa jam kau mandi? Taknak jawab? Tak kisah. Aku bukannya kisah pun. Aku tanya je. Mana tahu dalam diam kau ni seorang yang freak. Kan? Anyway, aku tak kisah. Tapi, kalau kau seorang yg freak, call aku. Masih, aku tak kisah.




Tapi kan, dalam family aku kan, aku tak tahu lah kenapa semua org asyik suruh aku mandi dulu. Seriously, aku tak tahu. Aku ni dah la malas. Bontot agak berat sikit. Dalam bab mandi ni, lagi la aku malas. Kenapa la nak mandi tu susah sangat. Tak boleh ke stay clean dan wangi walaupun dah berhari-hari tak mandi? Tapi aku rasa bersalah pulak tak mandi. Tak dapat nak berbuat apa-apa, aku pergilah mandi dengan sedihnya. Tapi takpe, aku tebus balik kemalasan aku tu dengan mandi lama lama. Padan muka korang yg paksa aku mandi dulu. Kau tunggu la lama-lama.





Tak sangka, rupanya aku seorang yang amat sukakan air. Air paip maksud aku. So, start daripada situ, aku anggap masa mandi ialah masa untuk bermalas-malasan. Walaupun aku selalu bermalas-malasan. Sebab aku memang seorang yang pemalas. So, di dalam jamban. Aku pun buat lah apa yg patut. Rasanya, aku tak payah bagitahu la kot aku buat apa. Kau pun tahu cara-cara macam mana orang gosok gigi. Tapi, aku buat semua tu dengan lambat dan malas. Itu yg penting. Sekali lagi, padan muka korang yang paksa aku pergi mandi dulu. Aku ada bermacam-macam taktik untuk mandi. Tapi rasanya aku tak perlu bagitau mcm mana sebab topik kita pada harini bukan cara-cara nak mandi. Aku hanya suka mandi lama-lama.




Tiba-tiba, aku rasa aku sangat tenang didalam jamban. Yelah, tak bercampur dgn org. Aku tak suka bunyi bising. Kalaulah jamban org melayu ni macam jamban org putih yang ada tub, dah tidur agaknya aku dalam tub yang ada air tu. Mungkin tu jugaklah sebab-sebab kenapa aku suka mandi lama-lama. Tak ada org kacau, tak ada org desak. So, aku ada peraturan baru, kalau kau dah desak aku untuk mandi dulu, jangan nak pandai-pandai ketuk pintu jamban masa aku tengah mandi. Aku tak suka diganggu. Padan muka korang yang suruh aku pergi mandi dulu.




Kepada korang yang tak suka diganggu macam aku, silalah bertapa lama-lama dalam jamban. Satu je warning aku. Jangan sampai berkulat. Kbye.

No comments:

Post a Comment

Ruangan ini akan menunjukkan samaada awak bijak, atau sebaliknya.