Sunday 21 September 2014

Liebster Award III & IV




Tak mahu cakap banyak. Aku masih mamai.




I) Mention the person who nominated you with a link to their blog.
II) Answer the question asked.
III) Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with a lots of potential macam aku. Eh?
IV) Create 11 of your own question for them to answer.
V) Notify your nominate.




Thanks Fatyn & Anna Lee



Fatynn:


1)
Q: Seseorang sedang mengacukan pistol pada anda? Apa yang anda akan lakukan? pilih tiga perkara dan hurai. a) mati b)senyum. c)lari 
A: D) "Try me"
Huraian: Berani pegang pistol, berani la nak tarik picu tu. Senang. Aku pun dah malas nak berurusan dengan manusia kat dunia ni. Haha



2)
Q: Masa kecik dulu apa perkara yang biasa anda lakukan?
A: Bernafas sudah semestinya.



3)
Q: Perkara yang buatkan anda psiko? 
A: Kalau bawa pisau dalam beg setiap kali keluar rumah dikira psycho tak? Bawa pisau sebab takut-takut ada perogol bersiri ikut.
A ii: "You are most likely" - psychiatrist.
A iii: Tapi urusan saya dengan psychiatrist belum selesai. Saya bukan psycho. Tak kira jenis palsu atau yang betul. Walaupun doktor bagi ubat antipsychotic.




4)
Q: Masa anda pergi jalan2, ada orang puteh yang tak berpa nak puteh sekat dan  tnya anda tentang kereta lembu sb dia tak tahu kereta lembu tu apa. Anda nak jawab apa? Speaking pleaseeee. Campuran malay + english pon bole. 
A: "Sorry sir, I don't have any idea about that too. Let's find out about it together shall we?"




5)
Q: Seseorang watak dalam novel yang anda minat tersesat di dunia anda kini. Apa yang anda kan lakukan?  
A: Ajak lepak & ajak jadi best friend. (sedang menunggu Faris hasil khayalan Nami Cobb Nobler)



6)
Q: Anonymous datang dan cakap bukan2 tentang anda dalam komen. Tindakan anda? 
A: Ajak berlawak. Kalau tak dapat di bawak bergurau ertinya dia perlukan doctor. Saya dengan senang hati recommend-kan doctor saya. Nanti boleh buat appointment sama-sama. Boleh selesaikan anger issues sama-sama.




7)
Q: Ketika anda sedang termenung di kawasan orang ramai, tiba2 anda sakit mata. Kemudian anda mengenyit2kan mata anda untuk menghilangkan benda asing yang bermaharajalela dalam mata anda. Tetapi ada mamat / minah perasan yang korang kenyit mata pada dia. Apa yang korang akan lakukan? 
A: Teruskan mengeyit.





8)
Q: Ada cili merah yang melekat kat gigi anda masa anda sedang berakap dengan someone. Macamana? 
A: Kalau cili merah kira okay lagi. Kalau tahi gigi? Saya jarang bercakap jadi saya selamat.




9)
Q: Perkara yang korang rasa terlepas dalam hidup. Korang menyesal tak lakukan suatu ketika dahulu. 
A: Tolak tawaran masuk ke sekolah yang dikira khas untuk budak pandai sebab rasa diri ni bodoh sangat dan tak layak. Rupanya dulu saya pandai. Kalau saya terima, takde lah saya bodoh macam sekarang ni.




10)
Q: Jika anda jadi cinderella?
A: Dah pernah jadi dah.




11)
Q: Apa yang korang suka dalam blog miss-fatyn?
A: Ribbon pink. Dan banner. Cantik. Princess-princess gitu. Haha.



------------------------------


Anna Lee:


1)
Q: Kenangan manis sepanjang berada di dunia BLOGGING.
A: Dapat kenal Anna. Hehe (Pick Up line jokes lulz)



2)
Q: Apa topik yang korang paling gemar semasa menulis blog?
A: Not specific. Deep thoughts, mungkin? Deep ke? Haha.



3)
Q: Apa keistimewaan yang ada pada diri korang?
A: Masih mencari keistimewaan itu.




4)
Q: Topik yang korang paling tidak gemar baca pada sesuatu blog?
A: Saya OK je. Kalau sedang saya membaca tu tiba-tiba saya rasa saya macam tak gemar dengan penulisan tu, saya tak gemar la. Hehe.




5)
Q: Design blog yang korang suka apabila masuk dalam mana mana blog
A: Simple is better.



6)
Q: Masalah yang korang sering alami apabila berkunjung ke blog orang lain. Berikan penyelesaian kepada masalah tu kalau boleh..
A: Lagu. Kalau boleh jangan letak. Tapi itu hak orang tersebut la nak letak ke tak kan? Saya sebagai pengunjung tiada hak untuk menghalang mereka. Lulz.





7)
Q: Nyatakan satu barang milik korang yang paling disayang.
A: Koleksi buku seram.




8)
Q: Jenis lelaki atau perempuan idaman korang?
A: Rujuk sini.




9)
Q: Apa perkara yang paling korang suka yang boleh buat korang jadi teruja?
A: Dapat novel seram/serial killer yang baruuuuuu (takde life. memang.)



10)
Q: Boleh tolong betulkan grammar ana? Kalau ada yang korang rasa macam tak betul jaa masa baca entry ana.. tegurlah, ana ta kisah .. tapi korang mesti betul betul betul!
A: Haha Anna, akak pun tak berani nak betulkan grammar Anna. Akak punya grammar pun kadang tunggang langgang:)



11)
Q: Pendapat tentang Ana Lee dan blognya dari segi design dan entry.
A: Anna cute okayyy? Macam anime. Blog dia apatah lagi. Haha. Overall, Anna is a sweet person.




Nanti-nanti lah korek follower yang seciput kat sebelah tu. Nak rehat jap.
Semoga hari anda indah!

Tuesday 16 September 2014

7 embarrassing secrets / Versatile Blogger Award II


Hi.
Been tag for the second time by different person, Lenne Danielle.
Thanks Lenne;)
Well nampaknya aku terpaksa reveal lagi 7 embarrassing secrets aku. Haha.



-Thanks to the person who gave you this award
-Include a link to their blog
-Select 15 blogs / bloggers you've recently discovered / followed regularly
-Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
-Tell the person who nominated you with 7 things about yourself


------------------


1) Intorvert.
Aku pernah mengambil ujian personaliti secara online dan keputusan menunjukkan aku adalah makhluk yang tergolong di dalam golongan introvert. Baru-baru ni aku baru saja tamat menghadiri Kem Pengurusan Emosi dan Motivasi Diri dan aku berpeluang untuk mengambil ujian personaliti diri yang sebenar. Aku di beri soalan IPS(Inventory Ujian Personaliti Sidek) dan aku mendapat skor 100% dalam kotak Introvert. I enjoys solitude & doesn't enjoy loud, sociable situations. I prefer quite places so I can enjoy doing my things-- reading, berangan, writing(my diary, personal story & personal thoughts).
Introvert: maksud introvert.
IPS test Q's example: here.




2) Antisocial.
Some people, they define "Anti-social" as, bila berkumpul/lepak kat satu meja, semua tekan punat handphone. Lepas sembang, scroll handphone. 5 minit kemudian, scroll lagi. 10 minit kemudian, scroll lagi. 30 minit kemudian masih scroll dan terus scroll scroll scroll sampai semuanya mampus. Aku define antisocial as tak keluar rumah, tak berkawan, takde life, takde hobi, dan aku lah tu. Well, anti social kan? Of course la tak keluar rumah, takde kawan, takde kehidupan sosial dan membosankan orang. Tengok saja lah Instagram aku, Twitter aku, Facebook aku, ada ke aku post gambar keluar bersosial dengan 'kawan-kawan'? Kadang, bila aku rasa aku dah lama sangat berkurung dalam rumah, aku akan keluar rumah for the whole day by myself. E.g -riding bus alone, tengok wayang sorang-sorang, lepas tengok wayang, pergi sana, pergi situ, pergi sini. Pulangnya, tengah malam. Lepastu, tak keluar-keluar untuk berbulan-bulan.




3) Extremely Quite.
Tapi aku bukan pemalu. Aku hanya tak suka bercakap. Kenapa? Tak tahu. Sesetengah orang cakap aku bisu. What the hell. Tapi itula manusia. Suka menilai orang dari luaran dan pandangan pertama. Hmp. Kalau bukan dari luaran, dari mana lagi dorang nak judge kau, kan? Itu la manusia. Memang suka menilai dari pandangan pertama. Tapi takpe, sebab dah lumrah. Kita mungkin hanya jumpa seseorang itu hanya untuk sekali je(contoh: kau terlanggar bahu dgn sorg kakak. Kau mintak maaf, dan pergi. Itu kali pertama dan terakhir kau jumpa dia). Tanggapan pertama = Kalau kau menyumpah kakak tu masa berlanggar dengan kau, jahanam lah kau. Kalau kau mintak maaf dan senyum, baik lah kau. Sebab tu, kita kena jaga tingkah laku kita. Kalau kau taknak orang judge kau la. Tapi bagi aku, buat apa nak jaga had diri sendiri hanya untuk memuaskan hati orang lain, tapi bukan diri sendiri? Jadi diri sendiri. Tunjuk both side, baik atau buruk(tak disarankan). Tapi jangan sampai tempias tu terkena kat batang hidung orang lain. Tanggung sendiri la.
Aku rasa aku dah menyimpang jauh.
Maaf.




4) Jap tengah fikir.
Aku dah tulis tadi tapi itu biar aku seorang je yang tahu.




------------------------







5) Horror Fan.
Namun aku bukan la seorang yang berani. Sebaliknya, aku seorang penakut. Kadang, benda yang tak harus di takut pun aku takut. Realiti misalnya. Kalau orang, tengah-tengah malam dorang akan bukak website porn dan tengok porn sambil beronani. Aku, aku tengah-tengah malam(kalau rasa down & sedih) pergi bukak website hantu, tengok video hantu sampai aku tak rasa down lagi. Sebab aku penakut. Bila aku ketakutan, perasaan sedih dan gelisah akan hilang dan ketakutan yang mula datang mengganti dan menguasai diri. Mungkin ini cara aku "cope" dengan kesedihan.





6) I love animals.
Well who the hell doesn't? Okay, mungkin hanya mak aku, makcik2 aku, nenek aku, pakcik aku tapi aku suka binatang. Aku suka binatang lebih daripada manusia. Monyet, kura-kura, kucing, hamster, burung, ikan, arnab, tupai.. ini je lah haiwan yang aku pernah bela so far. Awak je lagi yang saya belum bela. Hehehehe. Dan dalam rumah, nobody can give a name to binatang yang baru lahir atau baru beli. Aku akan namakan dorang. Mesti aku. Harus. Muhammad Patrick, Mohammad Anderson, Adnan Abu David, Faizal Clark, Ahmad Matthew, Haziq Oscar, Aminah Kate, Gabriella Ateefa, Latipah Andreanna, Munirah Nancy, Rahimah Betty, Maimunoh Marry, Hairanah binti DuaKali and on and on and on. Bila aku bosan, aku pergi lepak dengan dorang. Bila aku teringat or panggil-panggil nama mereka, sure lepastu aku akan gelak berdekah.
Siape cakap takde kawan dan hanya berkawan dengan binatang sangat membosankan? Kau tak tahu macam mana nak hiburkan diri sendiri, itu pasal la kau berfikir macamtu.






7) Awkward.
Banyak orang proclaim diri mereka sebagai seorang yang awkward. Yang tak awkward pun menyatakan diri mereka awkward(mungkin dia memang awkward. Aku apa tahu). Dan hal itu menjadikan golongan awkward ni mempunyai banyak jenis. Fake awkward, the hider, the avoider, etc. Dan aku jenis yang kekok. Dah namanya awkward? Lulz. Okay, contoh. Bila aku decided untuk keluar (dengan atau tak dengan mok), kalau aku tak bawak beg, aku tak tahu nak buat apa dengan tangan aku. Should I just let my hands free? Should I twirl my hair? Should I bite my nails? Should I berpeluk tubuh? Memang tak produktif. Contoh kedua: bila aku get really nervous and people keep talking and then asking me "how about you" atau "what do you think", I'll just stay quite and stare in their eyes without blinking. Bukan sebab aku malas nak layan, tapi sebab aku nervous, dalam masa yang sama, sel-sel kepala otak aku tengah berlumba-lumba cari jawapan. Ye, aku memang teruk dalam communication. I express my thoughts better in writing than in conversations. Tapi tak mengape. Quiet people have the loudest minds, aren't they? ;)




That's it.
Lagi 7 perkara tentang diri aku yang tak tentu hala. Lepasni aku kena tag orang lain pulak. Kalau in the future, kau dah tag aku tapi kau nak tag aku lagi sebab tak tahu nak tag sape, tag lah aku. Aku dengan ringan tangannya menerima.
Tapi, macam malas pula aku nak tag orang lain buat masa sekarang. Lepasni la aku korek follower kat tepi tu. Nanti aku inform. Stay tuned!



Semoga hari anda indah!

Monday 8 September 2014

THANKS


THANKS BON.
Just thank you.




This guy, dari awal sampai sekarang tak henti-henti support aku. He knew all my problems, he knew all my secrets, walaupun secret yang paling memalukan aku, yang paling aku tak mahu orang tahu, dia tahu. Mak aku sendiri pun tak tahu rahsia aku tu. I was officially diagnosed by Major Depression, Eating Disorder & other since 2011. Dia tahu semua tu, dan dia tolong aku.



Selalu jugak la aku susahkan hidup dia sampai aku ganggu dia masa tengah bercuti, tengah dia tidur hanya sebab aku nak cerita masalah aku. Sorry Bon, insha Allah lepasni tak ganggu lagi. Haha.
Rasanya Bon pernah masuk dalam cerita aku. Here.



Dia tahu yang masalah aku ni memang betul-betul wujud. Depression, ED tu mmg ada dalam diri aku. Aku tak buat semua untuk attention. Tapi tu la. Everytime aku cerita pasal masalah aku, semua cakap aku hanya mahukan perhatian. Buhbee la korang. Mujur dia ni tak. Dia tau aku tengah struggle teruk. Nasihat yang dia bagi kat aku rasanya tak terhitung kut. Masih jugak tak dapat nak naikan & kuatkan semangat aku. Aku nyaris-nyaris nak guna sistem THC(medical marijuana). Dah desperate sangat sebab antidepressant tak membantu at all. Dia ni macam teragak-agak sikit nak setuju bila aku cakap nak guna sistem THC lepas Chev, kawan aku yang lagi sorang suggest THC dgn aku kat Instagram.
Org belah sane mmg guna cara ni eh? Weed manjang.



Sampai satu hari, Bonn suggest benda kat atas tu kat aku. Tak konfiden jugak la mula-mula. Tapi bila orang dah kasi rebiu mcm tu, tak kan aku nak lepaskan, kan?
Heh.
Kalau kau mengalami depression & masalah psychosis & hampir-hampir nak mencederakan orang(yang betul-betul, tak mahu yg direka-reka), DM aku kat Twitter. We share our story. Aku sekarang dah makin OK lepas jumpa kaunselor. Lepasni aku nak jumpa psychiatrist as suggested by my counselor. Nak malu buat apa. Aku tahu aku tak gila. Jiwa aku bercelaru. Punca nya pulak bukan disebabkan aku. Orang lain yang mencelarukan kedamaian hidup aku. Aku jumpa psychiatrist sebab dorang. Dorang yang bermasalah sampai tempias masalah dorang tu kena kat aku:)
*EDITED* Kalau kau taknak DM aku kat Twitter, we can start our conversation kat Ask.Fm aku.

Tak membantu sangat tapi boleh la.


Sebahagian daripada ubat aku.


Antidepressant.
Pil yg aku telan setiap malam. Tapi skrg aku dah fed up.
Aku berhenti ambil pil ni. Kalau doctor tahu mmg bernanah la telinga aku kena bebel.
Antidepressants mmg tak addictive pun.



Those adalah langkah-langkah permulaan yang aku dah ambik.
Thanks Bonn, Chev & Zabb.
Ha, Zabb. Mamat yang selalu kena sumpah dengan aku. Dan dia ni seorang manusia yang creepy. Aku tak tahu dia ni selalu stalk aku & boleh jumpa semua account aku. Zabb ni mmg menyakitkan hati aku la tapi aku tak boleh nak buat apa sebab dia ni hypocrisy & psychotic. Nasib baik tak merbahaya sangat.


Ko tengok la. Dia tahu aku ada anger issues, lagi nak buat aku marah.


Sama macam Bonn, dia tahu dark secret aku. Bila aku betul-betul down, dia akan berhenti kacau aku & akan teman aku sepanjang malam. Nasib baik, waktu MY & tempat dia tak jauh beza.




Thank you guys.
Thank you so much.
Thank you.
:)

Monday 1 September 2014

#BukanSeptemberWish






"Kau nak lelaki yang macam mana?" soal alter-ego aku.


Sunyi.
Selain daripada melodi lagu 505 daripada kump. Arctic Monkeys yang berkumandang di ruang udara, semuanya sunyi.
Siling aku renung, badan terbaring di atas tilam empuk, kaki kanan disilang di atas peha kiri, kepala dipangku dan beralaskan kedua-dua tapak tangan sendiri, dahi berkerut pening memikirkan jawapan. Senyum tidak. Soalan mudah, tapi sangat membunuh minda bila aku cuba untuk memikirkan jawapan yang paling sesuai.




Pejam mata.
Perlahan-lahan minda kembali menerjah ke masa lampau. Teringat sesuatu. Dulu, orang cakap aku gatal sebab muda-muda lagi dah ada impian nak berkeluarga besar dan hidup bahagia. Dan seringkali aku bertanya, salah kah impian aku tu? Salahkah kalau aku nak bermimpi? Salahkah aku nak hidup bahagia? Tapi aku tak peduli. Hak bermimpi, hak aku. Haktui. Dulu, bila aku bertanya soalan yang sama kepada diri aku sendiri, aku akan jawab, "Aku nak lelaki yang boleh buat aku gelak sepanjang masa."




Tapi sekarang aku dah besar. Aku mula sedar, aku tak boleh gelak sentiasa. Life is not always easy as we want. Perkara yang menyenangkan hati tak akan sentiasa berlaku, jalan tidak sentiasa lurus. Umur meningkat, taraf mimpi pun harus dinaik-taraf juga. Putera impian harus bertukar dari mimpi ke realiti. Mesti real. Nenek, makcik, jiran, orang sekeliling selalu pesan, cari lelaki yang bekerjaya, cari yang mampu beri kau makan, punya kereta besar, rumah besar, kelak hidup akan bahagia.




Tak tahu lah, kenapa aku rasa semua itu tak penting. Sebagai manusia, pandangan dan cadangan dari orang lain harus dipertimbangkan juga. Jangan pentingkan diri. Ya, jangan pentingkan diri sampai diri sendiri pusing. Selalu juga aku ajukan soalan yang berkaitan kepada mak aku.
"Mak, macam mana nak cari laki? Yang betul-betul laki." (sila gelak)
Mak aku jenis yang biasa, macam aku. Tak pandang duit. Yang penting, happy. Kalau boleh, cari lah ustaz. Selalu mak aku cakap, kalau aku dah ada anak nanti, dia nak hanto anak-anak aku ke sekolah agama. Tak kisah lah, se-mat-saleh-mana pun nama yang bakal aku bagi kat bakal anak aku nanti, dia nak hanto jugak. Sukahati emok lerrrr......nak buat apa.




Tapi sekarang ni aku mesti kembali ke realiti. Aku mesti dapatkan jawapan yang logik dari diri sendiri. Lupakan putera impian, fikirkan lelaki yang wujud dalam dimensi realiti. Tapi, realiti bagi aku penuh dengan tahi.. Menyakitkan hati. Tapi aku mesti. Takkan aku nak stay dengan kawan imaginasi? Kau nak bermimpi sampai mati? Taknak tunaikan impian jadi realiti? Tak nak jadi berani? Sengaja menganiayai diri sendiri.




Hm, melihatkan perangai lelaki zaman sekarang, rasanya lebih afdal kalau aku stay single. Selalu jugak aku bagitahu mak aku,
"Mak, taknak kahwin la."
Mula la mak aku ingatkan aku. Kalau aku tak kahwin, macam mana aku nak ada anak? Kalau tak ada anak, siapa nak jaga aku bila dah tua? Aku selalu jawab, rumah kebajikan kan ada? Mak aku selalu tanya balik, kenapa nak sangat pergi situ bila dah tua? Nanti jangan kesiankan diri sendiri. Aku selalu jawab balik, "itu pun kalau umur panjang." Sebab tu lah orang nak berubah, nak buat ibadah banyak-banyak. Lepastu tunggu mati je. Senang. Kat akhirat nanti jumpa lah pasangan hidup.




Mak aku berhenti bercakap. Dah kehabisan ayat, atau dah penat melayan kerenah aku, aku tak pasti. Maaf mak, sebab dapat anak macam ni. Yang difikirnya, asyik mati, mati, mati. Bangun, mati. Tidur, mati. Berjaga, mati. Siang malam pagi petang, mati.




"Lagi sekali, kau nak lelaki yang macam mana?" - alter ego.




Aku jarang fikir pasal laki. Memandangkan engko memaksa, aku jawab jugak. Sekarang ni, manusia yang tidak serupa manusia bersepah di luar sana. Yang baik tidak semestinya baik, yang jahat memang dah terbukti jahat. Tapi, mereka masih sibuk mengejar kesempurnaan. Sibuk mengejar kesempurnaan sampai terlupa untuk jadi manusia biasa. Jadi, buat masa ni, aku akan jawab, aku nak lelaki yang serupa manusia. Yang tahu dan mengenal manusia tu apa, dan tahu bagaimana nak jadi manusia. Tak perlu handsome, tak perlu bijak, tak perlu kaya, tak perlu hantar text sweet-sweet kat Whatsapp, tak perlu amik gambar secara sembunyi lepastu post dalam Instagram dengan caption yang bermadah, tak perlu beli 50 lilin hanya untuk buat surprise. Tak perlu. Yang perlu, jadi manusia. Hanya jadi manusia. Jadi manusia yang tidak sempurna macam aku. Manusia yang dah sedia tahu yang kesempurnaan itu tidak wujud. Manusia yang tahu baik buruk. Dan yang paling penting.. dia kenal apa itu tuhan, apa itu Allah.





Kepada alter-ego, yakni diri sendiri, ini kali terakhir kau dan aku bincang pasal ni.
Jodoh pertemuan dan ajal maut, semuanya di tangan tuhan. Cepat-cepat berubah dan bersedialah.
Usah difikirkan tentang mati dan lelaki. Perkara itu akan berlaku juga nanti.
I hope and wish your life is obstacle free.
Semoga hari anda indah.
Dan anda juga.