Friday, 23 January 2015

My experiences with Antidepressant


(click on the name for more information)




How the antidepressants work.

Selepas bercakap dengan doktor, selepas menjalani beberapa ujian dan selepas bertemu dengan doktor pakar dari bulan Julai sehingga ke bulan Disember pd tahun 2013, aku telah diberi timbunan pil biru dan putih serta sesi kaunseling. Pil biru adalah pil tidur dan pil putih adalah antidepressant. Semakin hari jumlah pil aku semakin bertambah. Daripada pil berwarna biru dan putih, di tambah dengan pil berwarna merah dan kuning. Dan bagi orang yang tak suka telan pil macam aku, bawak pil-pil macam tu keluar dari klinik macam bawak batu dalam plastik. Aku terpaksa hadap pil-pil tersebut setiap malam, sebelum tidur. Itu pun kalau aku tidur waktu malam. Nak makan pil tidur pun aku malas. Inikan pulak antidepressant dan pil-pil yang lain.


Tapi kata nak sihat.
Jadi, terpaksa tahan.


Hari pertama:- sebelum tidur.
Sebenarnya masa tu aku tak nak tidur lagi. Sebab mata aku memang tak mengantuk. Sekitar pukul 12:30 malam, aku keluarkan sepapan pil daripada kotak(seperti yang ditunjukkan di atas). Aku ambil sebijik. Sebelum aku masukkan pil tu ke dalam mulut aku, aku teringat dengan pesanan pharmacist cina yang berada kat farmasi klinik tu.
Makan sebelum tidur setiap malammakan setengah shjjangan makan sebijik.
Tapi aku nak sembuh cepat, aku makan sebijik terus. Lepastu aku terus layan musik kegemaran aku dan duduk depan cermin. Tiba-tiba kepala aku pening. Otak aku terasa macam "ditolak ke dalam" secara paksa(faham tak?). Pening dia, aku tak tahu macam mana nak jelaskan. Lepastu, aku pergi baring atas katil. Kepala masih pusing. Tangan aku menggeletar, aku tiba-tiba kesejukkan, dan tahap anxious aku makin meningkat. Aku tak tahu samada itu adalah panic attack atau side effect lepas makan antidepressant.
Tapi, agak mustahil kalau aku kena panic attack. Sebab selalunya, sebelum aku kena panic attack, aku akan mengalami episode dimana aku akan risau tak tentu arah, tak pasti kenapa aku risau dan aku akan gundah gulana. Jadi, pada masa itu, aku fikir itu adalah side effect of antidepressant.


Keesokan harinya.
Aku bangun lebih awal daripada hari-hari biasa. Pelik. Selalunya aku akan terlajak 1 atau 2 jam. Hari tu aku bangun 2 jam lebih awal. Nak kata aku tidur lebih awal malam sebelumnya, aku tak pasti. Aku tak dapat panggil semula(recall). On the way aku pergi ke tandas, aku dapat rasakan yang badan aku dalam keadaan yang lemah dan lenguh. Paling lenguh---lengan kanan aku dan kedua-dua kaki aku. Aku terasa letih. Kepala pening lalat. Aku tak pasti apa perasaan aku pada masa tu. Semuanya terasa kabur dan kebas sampai ke perasaan aku sekali terasa kebas. Dan aku mula terfikir akan pil yang aku telan semalam. Mungkin jugak sebab aku makan 1 pil, bukan nya ½ pil tersebut. Mungkin doktor bagi aku pil yang mengandungi dose yang tinggi. Padan muka aku. Kalau aku telan 5 biji, maunya berbuih mulut aku malam tu.


Hari kedua; telan lagi.
Kali ni aku ikut cakap the pharmacist tersebut selepas kena penangan dan pengajaran pd malam sebelumnya. Tanpa buang masa, aku terus tidur. Bila aku bangun keesokan harinya, keadaan masih sama—badan lenguh-lenguh, sengal-sengal, tak pasti dengan apa yang aku rasa, kepala pening.


Hari ketiga.
Aku telan lagi setengah pil. Kali ni aku makan bersama dengan antipsychotic. Dan aku terus tidur serta merta. Lepas telan pil-pil tu badan aku terasa lembik dan lemah secara automatik. Dan malam tu, aku dapat nightmare yang sangat teruk dan sangat disturbing.
------------
Keesokan harinya. Aku syak punca aku dapat disturbing nightmare tu adalah daripada antipsychotic. Dan badan aku masih lagi sengal-sengal. Jari jemari aku usah di kata lagi lah, memang rasa macam nak patah. Sudahnya, malam itu aku demam. Aku terpaksa mintak mak aku sediakan bubur untuk aku. Nak berdiri pun aku tak mampu. Sebelum tidur, aku terpaksa makan satu lagi pil tambahan—panadol. Antidepressants, antipsychotic, dan panadol. Aku cut pil tidur aku daripada list. Dan sebelum tidur, aku menangis. Sebab aku makan banyak sangat pil. Tak tahu kenapa, tapi aku rasa hidup bergantung dengan pil ni adalah sangat menyedihkan. Sebab itu lah kot.., aku menangis.


Seminggu kemudian.
It has been a week dah aku struggle nak telan antidepressant. Aku berhenti ambil Luvox(antidepressant) untuk beberapa hari. Aku nak stabilkan diri aku. Aku nak waraskan diri aku. Paling-paling, jiwa aku. Bila dah OK sikit, aku kembali on track bersama antidepressant. Berat rasanya mulut dan tekak aku nak terima balik pil putih tu. Tapi apakan daya, si putih yang di patah setengah itulah yang mampu membantu aku lawan semua ni. A couple of days went by, aku rasa tidak senang duduk. Aku cakap kat mak aku, pil tu macam buat aku makin teruk je. Lepastu dia tanya aku, aku nak buat apa, kalau ikutkan hati, mahu je aku buang semua pil-pil tu ke dalam longkang. Tapi deep down aku nak teruskan sebab aku tahu pil ni dapat bantu aku.

And then aku paksa diri aku untuk bergerak instead of  hanya baring dan baca buku. Ogos 2014, appointment dengan kaunselor aku. Dia ajak aku join kem yang dianjur oleh unit psikologi dan kaunseling pada akhir September. Kem tu khas hanya untuk pekerja dalam unit tu tapi dia dah ajak aku, aku ikut je. Walaupun pada hari kem tersebut aku dah pasang niat nak tarik diri, tapi mak aku paksa. Aku pergi je lah. Balik dari kem, hm, tak banyak yang berubah. Aku masih susah nak berkawan. Ramai yang cuba rapat dengan aku. Tapi itulah, kem tu berakhir macam tu je. Sebelum pergi kem tu, mak aku berharap yang aku berkawan dengan sesape. Ugh. I'm such a loser. Nak berkawan dengan orang pun susah. Sorry mak.
Balik dari kem, aku start workout. Actually, a week before I went to the camp, I have already started my workout program. Workout aku tergendala untuk beberapa hari sebab aku berada kat kem. Lepas balik dari kem, aku bedal terus treadmill pd keesokan harinya. Aku lepaskan geram dan sakit hati aku dengan bersenam. Guess what, betul kata budak-budak forum; exercise dapat membantu mengurangkan atau menghilangkan depresi. Dan pada masa tu, Oktober 2014, dah nak genap 2 – 3 bulan aku tak makan antidepressant. Aku malas nak hadap pil lagi. Tapi jiwa aku dah tak ‘sarat’ macam dulu. And I become more positive than ever. I'm pumped by something. From October 2014 sampai sekarang I have lost like more than 20 pounds(10 kg) in a healthy way. Not by vomiting and starving anymore. My workout program dah start lama. My aunties pun terkejut tengok perubahan badan aku. Kalau nak tahu, aku ni lah manusia yang paling malas nak hebah atau update benda yang aku sedang buat. Aku tak rasa orang lain perlu tahu. Cukup lah aku sorang, mak aku dan adik-adik aku. Yang penting, I work my ass off! Tapi untuk mengomplitkan (meng-complete-kan) cerita ni, aku terpaksa bagitahu. Hehe. Tapi aku tak rasa cerita ini berkaitan. Berkaitan ke? Don't know, don't care.



Kem anjuran Unit psikologi kaunseling.
Saja upload.
Aku lebih suka kalau bercerita sambil tunjuk bukti sekali.



Ada satu ketika tu, selepas aku balik dari jogging, badan aku terasa lemah. Aku rasa macam aku dah tak mampu nak teruskan semuanya. Dan thoughts on giving up are flooding my head. Aku tulis macam-macam atas kertas, saying that aku mungkin akan kekal sebegini selamanya, and I will never be free from this vicious dark circle. Aku rasa aku memang dah kena sumpah dan sumpahan ini tak akan hilang. Aku rasa aku akan sengsara seumur hidup. Setiap kali exercise, aku rasa diri aku seolah-olah dipaksa dan orang yang memaksa aku itu adalah diri aku sendiri. Semangat dalaman aku dah hilang.

Rupa-rupanya aku nak datang bulan.

Normal la tu. Bila dah dekat-dekat nak datang bulan, semuanya tak betul. Hormon berterabur. Lepas habis haid, aku kembali normal. Aku dapat semangat aku balik. Aku workout dengan senang hati


 January, 2015.

2 hari yang lepas, aku demam. Aku selongkar laci aku, aku nak cari pil selsema. Tak jumpa. Apa yang aku jumpa adalah antidepressant aku. Pernah la like on New Year eve, aku pasang niat:- aku nak makan balik antidepressant. Aku ingatkan antidepressant aku dah habis. Rupanya masih ada. Tiba-tiba aku throwback. Pharmacist cina(lelaki) kat farmasi klinik tu dah kenal aku. Ada 1 hari tu(sekitar bulan Mei atau Jun tahun 2014), aku sakit perut. Satu malam aku tak dapat tidur. Asyik naik-turun tangga pergi ke sinki dapur, masuk jamban, muntahkan semua yang ada dalam perut aku sampai aku muntah air liur putih je. Aku buat air halia, aku minum, tak jugak sembuh. Mujur mak aku sedang cuti. Pagi-pagi lagi aku ajak mak aku pergi klinik. Nasib baik jugak cousin aku kerja kat kaunter klinik tersebut. So, aku dapat masuk dengan cepat. Sengsara nak tunggu giliran. Dah jumpa doctor apa semua, doctor cakap itu gastrik. Tapi bila kat farmasi, pharmacist tu cakap, gastrik aku tu mungkin disebabkan oleh depresi aku. Kemudian dia tanya, antidepressant aku masih ada lagi ke dah habis. Aku tak tahu antidepressant aku tu masih ada lagi ke tidak, sebab banyak sangat pil dalam bilik aku dan aku dah berhenti ambil pil tu. Apa yang aku dapat ingat ialah, dalam kotak, masih lagi ada sepapan dan hanya tinggal dua bijik je. Jadi aku geleng. Dia suruh aku datang balik nanti, dan mintak pil baru. Tapi sampai sekarang aku tak pergi ambil. 2 hari yang lepas, bila aku selongkar betul-betul laci aku, masih ada lagi rupanya.


Dan aku sekarang kembali on track bersama antidepressant. Dan sama-sama kita tengok result dia macam mana. Sigh, terasa macam tikus makmal pulak.
Sebab itu lah aku selalu cakap, kalau tak ada depression, jangan memandai cakap ada depression. Jangan ambil antidepressant sesuka hati. Tapi kalau nak dapatkan antidepressant pun, kena dapat surat pengesahan dan nasihat dari doktor. Kalau kau betul-betul ada masalah, mereka akan bagi. Sekarang aku dah tahu kenapa mereka tak bagi antidepressant sesuka hati. Dia punya effects...., yarabi. Dari tak suicidal, tiba-tiba jadi suicidal tahap 99%. Dari 99% tenang dan charged, tiba-tiba jadi tak keruan, gelabah gila babi dan exhausted. Tapi, result sebenar akan keluar pada penghujung cerita. Pulih atau tak, aku tak pasti lagi. Aku masih di pertengahan jalan cerita. Tak tahu sama ada aku akan terus mara ke penghujung atau kembali semula ke permulaan cerita. Dan semalam, aku skip lagi ubat aku.


Jadi, fikir semula kalau nak assume atau buat apa-apa.
To those people who are suffering from fake depression because you think it's cool: leave it in 2014 and welcome to 2015.


Kau fikir, kalau kau telan antidepressant, kau terus jadi happy dalam hanya beberapa minit? Maaf untuk mengatakan ini, tetapi kau salah. Ini antidepressant, bukan cocaine.
Dan juga bukan ubat yang merawat luka.
And that is how antidepressants work. Chaotic.


Semoga hari anda indah.
P/S: Sebenarnya, aku sendiri pun baru baca artikel Luvox ni. No wonder la aku yang tak self harm dan suicidal ni tiba-tiba jadi suicidal. This pills are very dangerous, everyone.

10 comments:

  1. Kau gelak. Jgn bhenti. Kmudian nangis. Gelak nangis. Gelak nangis. Freeeeeee! Haha

    ReplyDelete
  2. Adeh..aku dpt luvox 100mg..so far xda lah sampai sucidal..sometimes mkn rasa calm jgk..sometimes anxious gila babi..redha jelah jadi penghidap anxiety..feel lonely.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikr. I'm sorry to hear that. I'm here praying a better for you. Insya Allah:)

      Delete
  3. thanks.. now going better.. pas aktif balik main badminton .. u dah recovered from anxiety?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Same la here. Progressing! Dulu takut2 nak jumpa org now dah jd wakil to give a talk about this and that. Dulu tak mau keluar now dah selalu keluar and communicate dgn strangers. Dulu takut nak balas pandangan mata orang, sekarang mulut dah ringan sedekahkan senyuman. Dulu tak berani to even bayar kat kaunter now dah berani. Risau about future tu still ada but dah boleh kawal my pemikiran. Dan skrg saya dah tak ambil ubat2 tu lagi. Last makan Luvox bulan August tahun lepas :)

      Delete
    2. Alhamdulillah..sy pun dah stop amik luvox..hope next week blh discharge jumpa psychiatry..tp still nervous nak planning holiday jauh2..ermm..

      Delete
  4. hi. im really sorry to hear that but.. im currently facing with some problem right now. nothing much but until today, it has been a year. hari2 menangis, rasa terbeban, duduk sorang2, tak lalu makan, rasa sangat lonely and all. yes, setahun already. till one day i feel like i cannot do this anymore. i cannot live this way anymore that i decided to take pill antidepressant. actually i was googling about pill antidepressant ni and i found your blog. so.. betul ke tak boleh ambil pil antidepressant sesuka hati? kenapa dan apa kesan buruknya eh? im sorry but if you dont mind, can you reach me at my email? hepirelax345@gmail

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm so sorry to hear that. Emailed you already. Hopefully you will get better soon xx

      Delete
  5. you pergi untuk daapatkan pengesahan mentel illness ni dekat mana ye ? and how much it cost you ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pergi klinik kerajaan je. Didn't cost me much. But kalau nak better treatment i rasa u better pergi jumpa private clinic/doctor. I pergi yg special for mental illness. But then i treat my depression all by myself. I avoid antidepressant. Kalau tak avoid nanti jd terlalu bergantung dgn pills and it wont heal ur depression.

      Delete

Ruangan ini akan menunjukkan samaada awak bijak, atau sebaliknya.