Tuesday 22 July 2014

Kesudahannya

Semalam, (July 21th, 2014) aku tiba-tiba di serang oleh penyakit yang selalu menyerang aku sebab aku memang selalu jugak langgar pantang larang. Dari pagi sampai petang dan boleh pulak sampai ke malam, aku makin teruk. Non-stop vomiting, I can't catch my breath. Duduk tak selesa, baring tak selesa, berdiri lagi lah tak selesa. Aku hampir gila. I called my mom, she didn't picked up my call. I guess she was busy. Lepastu aku biarkan phone aku. Dan aku lupa nak on 'general' profile. So, phone aku berada dalam silent sepanjang hari; macam selalu.




Sedang aku cuba untuk selesa kan diri(selama 3 jam), aku check phone aku. Miss called from my mom.
Argh, sudah. I tried to call her back, tak dapat lagi. I almost went crazy.




8 p.m, my mom balik. She didn't notice me dulu. Sebab dia bergegas. Aku ikut my mom dari belakang. Then I told her about my condition. Dia pegang-pegang kepala aku, leher aku, lengan aku(nak check suhu la tu), dia cakap dia nak bawak aku ke hospital. Aku sebenarnya paling menyampah bila dibawa ke hospital bila sakit. Macam yang aku cakap di Bab 1, satu-satunya perkara yang dorang buat is giving the freaking pills. Sesampainya di hospital, we went to emergency room. The doctor asked me that, this, that, this.... then dia pula yang sentuh dahi aku. Hish.. Korang ni. Yang sakit perut aku.
"Selalu ke kena penyakit ni?"
"Selalu. Selalu kalau lepas makan"
"You makan makanan yang macam mana?"
"Pedas.. But saya makan sayur."
".... everytime selepas saya makan sayur, saya muntahkan balik." (yang ini aku tipu. Setiap kali lepas makan, aku muntah. Tak kira la sayur ke, buah ke.)
"Apa you buat kalau you sakit macam ni?"
"Bagitau kat mak."

Doktor tergelak.

"No, I mean, you buat apa? You makan ubat ke?"
(Dalam hati) *Aku ada pilihan lain ke?*
Aku angguk.


Lepastu dia panggil mak aku.
Doktor tanya tu tanya ni..

"Kak, selalu ke dia kena macam ni?"
"Selalu jugak. Dalam seminggu 3 kali. Dalam sebulan mungkin dekat 10 kali."
"Dia gastric?"
"Ha'ah. Bulan lepas dia kena gastric. Seharian tak tidur. Asyik muntah-muntah. Tapi dia muntah kosong je. Air liur pekat."
"Apa dia buat lepas dia muntah?"
".... selain daripada complain dengan akak."
"Dia minta urut kat belakang. Lepas urut sakit dia reda sikit."
"Ohhh."


Lepastu doctor sibuk ke sana ke sini.
Dia datang balik.



Dia cakap aku mesti masuk wad. Takut-takut ada appendix ka.


Aku nak buat satu request lagi sebenarnya. Aku nak kena cocok jarum.


Tapi aku ni jenis pemalu yang bertauliah. So, aku pendamkan ja. Mungkin doctor tu faham hasrat aku dan mungkin juga dia boleh baca riak wajah aku, dia cakap dia nak cocok jarum.



Selesai kena cocok, doktor suruh aku gantikan baju aku dengan baju pesakit. Selesai tukarkan baju, doktor suruh aku baring atas katil yang di tunjuk olehnya, dan doktor-doktor lain sorong katil aku ke wad yang aku dimasukkan. Wuu, best.






Walaupun jam dah pukul 10 malam, aku tetap tak ada selera makan. Setiap kali aku tengok makanan, aku rasa aku nak termuntah. Walaupun makanan tu adalah makanan favorite aku. Bila aku sakit, request aku memang pelik sikit. Tengah malam buta, aku cakap kat mak aku
"Mak, nak air kelapa sejuk."
"Gila agaknya. Mana mak nak cari air kelapa tengah-tengah malam buta ni?"
Aku diamkan ja. Sebab aku tahu memang tak ada orang jual air kelapa tengah-tengah malam buta. Tapi aku rasa satu-satunya yang dapat mengisi perut aku yang tengah sakit tu hanyalah air kelapa. I got no choice. Diam ja. Tapi aku haus. Walaupun aku tak puasa(sebab terpaksa makan ubat pagi-pagi), tapi aku tak minum atau menjamah makanan seharian. So, aku cuba minum ENO. Lega sikit la. Sikit ja. Sikit. Lepastu aku tidur.




Tidur
Tidur
Tidur
Tidur,



Aku terbangun. Orang tengah bersahur. Aku masih tak ada selera. Aku pergi tandas. Nak berak(Ok this is disgusting tapi semua orang memang berak pun). Aku tak mahu cerita la apa yang berlaku dalam tandas. Tiada perkara yang mengujakan. Lepas aku keluar dari tandas, aku pergi balik ke katil. Nenek aku ada kat situ. Hairan juga. Macam mana nenek aku boleh ada kat situ? Aku salam tangan nenek aku. Macam doktor tadi, dia tanya tu, tanya ni. Dia cakap apa puncanya. Aku iakan ja. Lepastu dia cakap dia nak urut aku. Sejak aku sakit ni, aku memang suka kena urut. Dulu aku geli kena urut sebab aku jenis yang ticklish.



Memang nenek aku buat wad tu macam rumah dia sendiri. Nasib baik jauh dari orang. Nenek aku urut aku dari rambut hingga ke hujung kaki. Lega. LEGA! Aku baru rasa macam "ahh hilang sikit sakit-sakit". Nenek aku terus urut, urut urut dan urut. Aku yang sedari tadi tak dapat nak muntah, tiba-tiba terasa nak muntah. Seram juga. Aku sebenarnya agak takut dengan nenek aku sebab dia memang terer dalam bidang perubatan secara Islam. Tapi, I hate to say this... nenek aku bersikap sedikit racist. Dia tak suka bangsa lain selain melayu. Aku takut dia letak doa yang jahat-jahat masa urut aku(sorry nek!!!). Tengah dia urut aku, dia cakap yang badan aku terlalu panas tapi perut aku sejuk. In the end of the story, aku rasa lega sikit. Lepastu, aku pergi ke tandas, muntah. Mak aku buatkan air teh panas. Aku ambil ja lah.. Untuk isi perut. Aku buka laptop(Yes, my mom bawakan laptop for me. Haha), aku buka blogger dan aku menaip sampai di sini. Aku tiba-tiba rasa nak muntah. Aku pergi ke tandas lagi, dan aku muntah lagi. I guess air teh panas tu yang melancarkan muntah aku tu untuk keluar kut. Aku rasa sakit perut...., sekarang ni. Tapi aku dah tak berdaya nak bergerak. Penat.




Anyway, air apa yang sesuai untuk diminum kalau kena penyakit cenggini? Aku tengah sengsara ni. Kalau anda tahu jawapan nya sila la berkongsi dengan aku. Moga tuhan memberkati anda. Okay la. Aku nak baring kot sekarang ni. Atau nak pergi jamban.
Selamat pagi.
Moga hari anda indah!

4 comments:

  1. alololo, kesiannya kat die.. sy pun tak taw pelu makan apa untuk menghilangkan sakit yg melibatkan "perut". sb bila perut dah sakit, segala makann pun payah nak masuk. kan perut terletaknnya sgala bagai makanan. hak3. papepun ying, sabor jealah erk :)

    semoga cepat sembuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, memang betul:) Thanks sweetie, I will:)

      Delete
  2. Omomo. Kesian dia. Harap2 tak ada yang lebih teruk jadi laa kan? Moga cepat sembuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Harap-harap macam tu. Thanks sweetie. May Allah bless you:)

      Delete

Ruangan ini akan menunjukkan samaada awak bijak, atau sebaliknya.