Monday 5 May 2014

"At least dia bertudung"

Aku tidak setuju dengan statement ini. Selain tidak setuju, aku juga tidak suka dengan statement yang aku rasa sepatutnya tidak wujud di dunia yang berserabut ini.



Wait, aku cakap statement tu yang tak patut wujud. Bukan minah bertudung yang tak patut wujud. Aku bukan racist. Kalau aku jadi racist pun, bukan aku yang mebuatkan diri aku jadi racist. Orang di sekeliling yang buat aku jadi racist secara tidak langsung.



Kenapa pulak aku rasa statement "At least dia bertudung" ni tak patut wujud? Sebab aku cemburu? Tak. Aku tak cemburu. Sikit pun tak. Kenapa harus aku? Seperti yang aku mention pada paragraph pertama diatas, aku 'tidak suka'. Sebab aku rasa statement ni tidak betul. Kau tengok contoh di sini ya, bila awek bertudung buat salah sikit je, terus keluar statement "Alah, at least dia bertudung". Bila awek bertudung mencarut pukimak, babi, lancau, cibai, fuck your mom, konek apak lu kecik and etc, terus keluar statement "at least dia bertudung". "At least dia bertudung" tu actually leadkan perkara tu ke mana? Nak ckp yg ayat pukimak dan lancau yg keluo dari mulut-mulut minah bertudung tu lebih suci daripada awek-awek freehair, hanya kerana kepala mereka dibalut walaupun sebutan dan ejaannya sama?




Tahu kah, sedar atau tidak, statement ini boleh(dan telahpun) menyesatkan minah-minah bertudung di luar sana? (namun sesetengah daripada mereka telah berjaya diselamatkan) Mana tidaknya? Bila dia buat salah sikit, akan ada yang backup dan cakap, "Alah, at least dia bertudung pe. Daripada kau tu". Ha'ah. Memang. Memang dia bertudung. Sebenarnya aku takde masalah dengan minah tudung. TAPI, hanya dengan minah tudung yang betul-betul MENUTUP AURAT dan yang menjaga akidah serta memelihara akhlak. Bukan dengan mereka yang hanya membalut kepala, kaki, badan dengan kain yang ketat-ketat, yang mencarut, tak sedar diri, buat hal sana, menggatal sini, ha, yang tu, MEMANG AKU ADA MASALAH SIKIT. Bukan sikit, tapi banyak. Ya, aku mengaku, aku tak tutup aurat. Tapi, itu hal aku. Ketepikan hal itu buat masa sekarang. Aku nak fokus dengan minah tudung.
Ye, ayat kat atas tu memang aku sengaja on Capslock aku. Biar kau nampak. Mungkin kau tak rabun kat mata. Tapi kau rabun di hati dan otak. Aku tak cakap pun aku pandai dalam semua benda. Aku pun bodoh jugak. Tapi kau punya bodoh lebih sikit dari aku lah. Maaf.




Oh ya, moving on. Macam mana pula statement "at least dia bertudung" ni boleh menyesatkan minah-minah tudung yang kiut kat luar sane? Alah, easy. EASY. Kau tak nampak lagi ke? Tak sedar lagi? Bila awek bertudung dah buat kesalahan yang sama seperti awek freehair buat, kau akan cakap "at least dia bertudung". Secara tidak langsung, minah-minah tudung akan berfikir seperti: "Uhm, aku dah buat salah, mencarut pe semua. Tapi, tudung ni menyelamatkan aku. Next time, takde hal lah aku nak buat kesalahan yang sama lagi. Takde hal la aku nak mencarut. At least aku bertudung."
Clear?




Masih tak clear?




Secara tidak sedar-nya, kau, minah tudung dan yang lain-lain dah jadikan tudung yang suci itu sebagai alasan kpd minah-minah tudung utk berperangai keji. SEBAGAI ALASAN. Look, tudung tak akan menyucikan sesuatu yang keji, okay? Oh, mentang-mentang dia bertudung, semua yang dia buat, takde masalah. Yang salah jadi betul. Dah mati nanti straight masuk syurga terus. Mentang-mentang yang lagi satu tu freehair, dia mencarut sikit, buat salah sikit, terus masuk neraka. Buat pahala, semua tak di terima. Ye, masuk neraka engkau, neraka buatan kau. Neraka buatan Tuhan, kita tak tahu lagi. MUNGKIN, dah terang lagi nyata yang awek freehair akan masuk neraka sebab tak tutup aurat. Tapi jangan lupa, sesungguhnya Tuhan itu berkuasa besar. Ada banyak plan-plan Nya yang tersendiri tanpa kita ketahui. Mungkin, akan ada plot-twist yg bakal terjadi terhadap dia? Dari freehair to berhijab? Malah lebih baik daripada gadis minah bertudung yg sedia ada? Give 'us' times. Banyak yg berkata "Kalau kau mati esok hari, macam mana?" Well, macam mana pula kalau esok hari aku tiba-tiba berubah? Ever thought about that? Sigh, manusia-manusia. Kerja manusia hanya nak menghukum je kan? Nanti jadikan "sekadar menegur" sebagai alasan. Mmg banyak alasan betul org melayu ni. Menegur ke menghina itu? Kadang-kadang manusia terus lupa diri and rasa diri sendiri tu Tuhan. Apa la nak jadi.



FASHION.

One more, aku tak suka tengok fashion minah tudung sekarang. Pakai jeans, legging, T-shirt ketat, nampak bentuk badan. Oh, nak cakap yang "minah tudung pun ada hak untuk berfashion"? Berfashion sampai hilangkan value gadis bertudung? Tak salah untuk berfashion. As a girl, aku faham perasaan mereka. Semua perempuan nak nampak cantik. Tapi, setahu aku, gadis tudung yang betul-betul tutup aurat tak akan tayang body shape dia. Sekadar membalut kepala dengan tudung dan badan dengan shirt ketat tu tak menutup aurat setahu aku. Some people, especially kebanyakkan lelaki yg acah alim dan anti freehair, mmg suka menggunakan statement ini untuk mempertahankan gadis-gadis bertudung bila gadis bertudung ni buat masalah sebab taste mereka memang gadis bertudung. Mungkin statement "At least dia bertudung" ni membuatkan mereka berfikir seperti: "Alah, dia dah bertudung. Mungkin kat luar dia agak 'over' sikit tapi kat belakang kita tak tau dia macam mana, kita tak tahu dia buat apa. Could be mereka tak pernah tinggal solat, dan selalu mengaji. So, takpelah kalau dia nak have fun sikit.". Kalau gadis freehair pulak. Pernah ke mereka berfikir cenggitu? Pernah ke mereka berfikir seperti: "Alah, mungkin dia tak tutup aurat tapi who knows dia tak pernah tinggal solat? Mungkin dia baik, dah lama tak bercinta mcm Ying" Ada? Tak. Malah dicaci dan menindas.

Kalau gadis tu betul-betul ikhlas menutup aurat, bertudung dan 'mulia sangat', tidak berfashion tu tak akan jadi masalah untuk dia. Okay, maaf. Ketepikan ikhlas. Sebab menutup aurat ni bukan satu pilihan. Ianya satu kewajiban. Fine. Okay. Moving on. Laman social spt Twitter, facebook semua tu dia tak akan pandang. Kolot? Ada ke masa gadis yang 'ikhlas' dan 'suci' ni untuk memikirkan perkara itu sedang dia sibuk beribadah dengan Tuhan? Semua tu hanya untuk dunia. Dia tidak akan ada masa untuk memikirkan perkara-perkara yang tidak memberikan dia sebarang faedah serta melalaikan dirinya di dunia kalau dia betul-betul fikir pasal akhirat. Pada fikiran dia, dunia tak penting, akhirat lagi penting. Betul. Memang betul. Dia tidak akan takut untuk dianggap sebagai seorang yang kolot di dunia.

"Kawan" aku, dia teringin nak bertudung. Tapi, dia ckp bila dia tengok fashion minah tudung sekarang ni, jadi terbantut pulak. Dah tak ada beza dengan awek freehair. Yang bezanya, hanya kepala dorg berbalut dan tertutup. Yang lain-lain? Baju, seluo ketat, perangai, mulut celupar, mulut puaka, lebih kurang sama. Tutup aurat ke tu? Itu ke value gadis bertudung zaman sekarang ni? Nampak bentuk badan, bentuk kaki peha ape semua lagi. Aku tak cakap yang bertudung tu salah. Aku siapa nak menidakkan dan menolak hukuman dan perkara yg Allah dah turunkan. Aku cakap alasan "At least dia bertudung" tu yang salah. Statement tu bukan Allah yang buat. Statement tu buatan manusia. Tak patut wujud. Memang tak patut. Kalau dah mati nanti, nak cakap "At least aku bertudung" ke dengan tuhan? One more thing, aku tak cakap jugak yang 'walaupun aku ni freehair, tapi tak keluar rumah, dah lama tak bercouple bertahun-tahun' akan menghalalkan benda yang haram. You know what I'm trying to say here. Semua tu tak akan menghalalkan dan mengubah 'tidak bertudung itu tidak haram'. Jgn assume aku muliakan sesuatu yang haram pulak. Tahan sikit sifat mentalitas anda itu.





Focus dekat yang bawah tu. Ye, memang kesian tudung tu. Orang yang kat atas tu tak salahkan tudung langsung. Dia bertanya je. Dia ada ke ckp yg 'tudung tu salah'? Yg salahnya kat bawah tu lah. Jadikan tudung sebagai alasan untuk orang lain berperangai tak senonoh. Puteri Natasya, mmg kesian tudung tu. Awak dah jadikan dia sebagai alasan. Setahu saya, tudung tu satu kewajiban. Bukan satu alasan.




Aku ada jugak lah balas tweet Puteri Natasya ni yang berbunyi: Mungkin aku berambut karat, tak tutup aurat. Tapi suatu hari nanti, bila aku dah bertudung, aku TAK AKAN cakap yang "At least aku bertudung". Lepastu, dia balas balik. Dia ckp yg dia tak ada masalah dgn gadis freehair serta memberi sedikit ceramah dan ttg kewajiban bertudung. Dia ingat aku tak tahu agaknya. Kalau dia tak ada masalah dgn gadis freehair, then kenapa dia mengeluarkan statement taik "At least dia bertudung" tu? Statement "At least dia bertudung" tu kedengaran sangat racist. Ye, statement ini hanya digunakan oleh orang-orang yang bersifat perkauman. Melayu racist sesama melayu. Terpuji betul kan race melayu ni? Sukenyewww.



'At least dia tak makan babi' is the new 'at least dia bertudung'. Dan secara tidak langsung jugak, hal ini telah membuatkan awek-awek freehair kat luar sana terasa disisihkan, ditindas dan di-anak-tirikan serta dihina oleh kaum nya sendiri. Sampai ada yang menyamakan awek freehair ni sama level dengan pelacur. Ape kebodohnya statement tu. Pelacur jual badan la bodoh. Awek freehair yang kerja dia duduk kat rumah je pun kau anggap jual badan ke? Ada otak letak kat lutut. Alang-alang sangat lutut tu, asal tak letak kat bawah kaki sekali? Lepastu pijak la. Biar terhapus terus otak kau tu. Ada otak atau tidak sama je. Takde beza. Disebabkan statement bangang yg keluar daripada mulut si bodoh ni yg menyamakan mereka dgn pelacur, awek freehair pun terasa spt mereka haurs mempertahankan (harga) diri mereka dan membuktikan yang mereka tidak lah sehina yang dihebohkan.



And korang yang gemar pakai statement "At least dia bertudung" ni, tak sedar ke korang adalah punca dan penghalang kenapa gadis freehair ni masih tidak menyarungkan kepala mereka dengan tudung? Korang hina mereka macam mereka ni taik lembu yang dah dipijak dan harus dibuang. Korang ingat mereka ni tak ada semangat untuk mempertahankan value diri mereka? Nanti kalau mereka diam, kau ingat kau betul. Lepastu mula la lupa diri dan rasa diri spt tuhan. Kalau mereka menentang kau, kau chop mereka sbg ahli neraka terus. Terkeluar lagi isu tak bertudung dari mulut kau.



Ingat satu je, tak ada yang betul-betul negatif dan tak ada yang betul betul positif kat dunia ni. Kalau ada pun, mesti mengandungi sedikit negatifiti di dalam positif dan juga sebaliknya. So, statement "At least dia bertudung" tu hanyalah taik semata-mata. Dan statement taik ini, hanya sering digunakan oleh mereka yang berperangai spt taik. Aku takut nanti ada yang "anti" dengan minah tudung sebab statement "at least dia bertudung" ni. Kau rasa entry ni offensive eh? Kalau ya, maknanya, statement "at least dia bertudung" tu lah yang offensive. Sebab dr awal sampai ke penghujung, topik dalam entry ni semuanya pasal "At least dia pakai tudung".



Nah, ini dia "at least dia bertudung" kalian.


P/S: Mungkin aku berambut karat, tak tutup aurat. Tapi suatu hari nanti, bila aku dah bertudung, bila aku dah lindung aurat aku dengan sempurna dengan izin tuhan dan kuasaNya yang besar, aku TAK AKAN cakap yang "At least aku bertudung". DAN, jangan tak tahu. Aku selalu pakai baju kurung bila keluar. Taknak kedengaran poyo dan menunjuk tapi, apakan daya. Keadaan memaksa. Gadis bertudung, jangan lah terasa. aku taknak kau rasa kesakitan hati yg aku dan gadis freehair yang lain selalu rasa. Walaupun entry ni aku seolah-olah 'menentang' korang, tapi aku sebenarnya tidak. Aku menentang orang yang pakai alasan "At least dia bertudung" tu je. Ayat aku yang berbunyi "Tudung tapi baju ketat" tu korang jangan la nak terasa or marah. Perkara tu aku tak boleh deny. Memang wujud. Dan percayalah, yang aku sendiri pun tidak selesa dengan entry aku kali ini. Sekian.
*sorry girls, I didn't meant to be rude. Aku sebenarnya tak suka menjatuhkan martabat wanita. Why would I be? You a girl, I'm a girl. Aku faham macam mana rasa bila diri kita di 'hina' & di 'caci'. I'm sorry again, girls. I don't blame any girls here. I just spoke reality I love you girls. Have a nice day ;)

3 comments:

  1. sentap weh but damn. again,this is reality -_-

    ReplyDelete
  2. Astagfirullahhhhh... Hemm.. dunia sekarang

    ReplyDelete
  3. Seriously i do agree with you. Tudung is a good thing but only should be used to those who is really sincere to cover their aurah, not just as a fashion material.

    ReplyDelete

Ruangan ini akan menunjukkan samaada awak bijak, atau sebaliknya.