Saturday 3 August 2013

Lacau betul.

Betul. Lacau. Aku pencarut terulung. Tak boleh mencarut betul-betul. Nanti kena timpa karma. Tak pasal-pasal commit suicide. Lol, kidding je. Betul lah kata orang. Kita as human makin hari makin dewasa. Aku sebagai manusia biasa yang sedang berada di dalam kondisi fucked up, tidak terkecuali lah. Bila aku tengok post lama aku,



ERK..

Tetibe nak sorok muka.




So, as a fresh new start, aku nak main tipu. Aku nak edit entry blog lama aku ni. Padam entry lama, gantikan dengan yang baru. 

Tiba-tiba,

Suara 1: "Hoi! Adoi, apasal licik sangat kau?"
Suara 2: "Ala, aku malu lah dengan aku yang dulu."
Suara 1: "Itu la. Dulu tak nak jaga perangai. Sekarang baru nak malu bagai."
Suara 2: "Ala, dulu aku budak lagi. Masih berhingus dalam diam"
Suara 1: "So, kau tak takut ke?"
Suara 2: "Takut ape?"
Suara 1: "Kau kan jenis yang berubah-rubah. Kejap macam tu, kejap macam ni. Kejap minat tu, kejap minat ni"
Suara 2: "Takut jugak." Suara 2 berhenti. "Tapi takpe." Suara 2 menyambung.
Suara 1: "Kau sure?" suara 1 membuat wajah skeptik.
Suara 2: "Ye.. jangan risau." suara 2 menjawab lemah. Hanya mampu tertunduk memandang lantai.



Wondering sape suara 1 suara 2? Ah, tu aku. Dua-dua aku. Itu adalah conversation di antara aku dan aku. Side 1, yang sedang kebimbangan dan side 2, juga dalam kebimbangan. As I said dekat dalam post blog aku yang lagi 1 kalau kau jumpa, split personality. Mana pernah stay still. Berubah-ubah. Tak dapat dipasti. Ugh. Ya Tuhan, kenapa aku lapar sekarang ni? Eh, tetiba. Maaf.



So, lacau betul. Lacau betul aku ni. Bye lah. Aku ada something nak buat daripada hadap laptop ni and muka anda. Selamat bye bye.

Thursday 27 June 2013

Mood aku ikut cuaca.

Cuaca pulak selalu panas. Panas dia pulak kemain terik. Terik dia pulak, kau jangan cakap lah. Bahang. Boleh terbakar. Macam harini. So, pandai-pandai lah ye kau berurusan dengan aku. Aku bukan jenis yang cepat sejuk. Kena tunggu 2-3 jam, paling lama kau kena tunggu: seminggu. Baru aku betul-betul sejuk.



Kepada: bakal kawan-kawan aku yang bakal sengsara dan bakal pergi meninggalkan aku mcm yang lain.

P/S: Aku dah larang kau untuk berkawan dengan aku. Blame yourself lah for broke the law.

Tuesday 21 May 2013

Tidak suka May.

Sesungguhnya, bulan May bukan lah bulan kegemaran aku. Sebab, okay. Mungkin alasan aku kedengaran tidak matang, tetapi, ah lantak! Screw anda semua! Sukahati aku lah nak kedengaran matang atau tak. Aku tak boleh kawal perasaan bila emotion dah take over badan aku.




Punca aku tak suka bulan May sebab kebanyakkan orang-orang yang lahir bulan May tidak ada chemistry dengan aku. Dalam blacklist aku, penuh dengan orang yang lahir dalam bulan May. Ye, memang aku percaya dengan benda kolot yang orang gelarkannya sbg horoskop. Lantak you all lah. Horoskop menceritakan perkara yang sebenar. Tak macam kau tu, yang banyak helah dan agenda, talam dua muka.




Paling aku tak suka ialah May 8th. Sebab manusia yang lahir pada tanggal ini lah yang menghancurkan hidup remaja aku. Babi. Pape lah. Whatevorrrszzz. Aku otw nak lupakan minachi ni. Harap-harap aku tak sengsara dalam bulan ni. Semoga hari anda teruk! Goodbye.

Saturday 4 May 2013

Itik and ayam bersegama. Pun boleh.

Yayaya, I know everyone happy bila tengok I update blog *sila bagi penyepak*. I'm trying to seru balik keghairahan aku nak update blog tak kira masa petang ke siang ke malam ke mahupun dalam jamban.




Right now aku rasa aku on the way ke jalan yang benar. I mean, aku yang dulu. Maybe? Ntah. Aku ni jenis yang tak tetap pendirian. Kejap mcm tu, kejap mcm ni. Kejap mcm tu balek. Perangai mintak penampar tahu perangai mintak penampar? Tidak di nafikan, macam tu lah perangai aku.




Sejak patah hati bertubi-tubi kali ni kan, aku asyik diam je. Nak cakap aku dah penat dengan semua ni, lol, memang aku dah penat pun. Nak meluahkan masalah aku dengan kawan2 aku, aku mana ada kawan. Family? Hm. Tapi, bila aku dah depan dorg, mulut aku yang memang susah nak di bukak ni makin susah pulak nak bukak. Tengok2, aku pulak yang dengar masalah dorg. Tolong selesaikan pulak tu. It's okay. Aku memang suka tolong org. Aku tak berkira. Masalah aku sendiri, aku letak tepi. Tak penting. Aku lebih suka pentingkan org lain daripada diri sendiri. Tapi bila aku dah terpaksa nak pentingkan diri tu, aku tak boleh buat apa-apa. Sometimes aku kene pentingkan diri untuk kepentingan diri sendiri.(heh)




Mungkin itulah cara aku nak lupakan masalah aku. Dengar masalah org and tolong mereka terus. Nak cakap aku ni baik, pui, ramai kot yang melempar kata fitnah kat aku. Aku ni "UDARA SENSITIF". Amende nye kau? Ikut kepala hotak kau je nak merosak bahasa negara. Tak, maksud, maybe org cepat terasa dengan apa yang aku buat. Bila aku buat baik, orang suka sangat-sangat. But bila aku dah "buat jahat" which is yang buat dia terasa terus or whatever, mereka akan benci aku dengan setulus hatinya. How sweet.




Wait, aku cakap mcm ni sebab ada orang mengaku. Dia cakap kalau dia suka aku, dia suka sangat. Kalau dah benci aku, benci tahap maksima klimaks vagina. Sorry for that V-ouge word. Ntah la. Aku tersangat sangat lah suka buat orang yang sakit hati dengan aku, betul-betul sakit hati dengan aku. Sorry guys. Another thing, aku suka dengar org sindir aku. I don't know why but I liked it. Aku terasa? Hm, terasa nak ketawa adalah kot.




Maafkan aku kalau sindiran kamu tak berhasil, sila guna cara lain. You know what, sindir menyindir ni apalah sangat bagi aku. Dah lama dah aku hadap benda ni. Mula2 memang ah sakit hati. Sekarang? Nah, umpama siram air ke daun keladi. Amboi dewan pustaka pulak. Bukan nak tunjuk hebat, aku hanya mahu bagi tips kpd sape-sape yg tak senang dengan aku tu, sila la pakai cara lain kalau nak tengok aku DROP 100%. Nak jugak bagi awak tu menang. Heh.




Daaannnnn, oh. Aku rasa entry aku ni tersangat2 lah tak matang. Maafkan aku. Aku hanya insan biasa. Sindir lah aku. Aku tak matang. Tolong sindir! Tolong lah. Sebelum itu, bacala bismilah.



May 3rd, 2013.
(4 hari lagi harijadi si bangsat)

Monday 22 April 2013

Bulan April memang bulan yang paling

SUCK.


Di sebabkan bulan ini sucks, aku decided untuk berangan dan bermimpi tanpa henti. Best, dapat lari dari reality. Reality aku sangat sucks. Aku tak suka. Benci. Angan-angan aku tak sucks. Best, indah, ringan, happy, senang dan tak wujud. Lacau, almost setiap masa aku berangan. Kerja, satu apa pun tak jadi. Tak habis-habis susahkan mak. Aku nak berubah. Aku nak pindah. Aku nak buat tu. Aku nak buat ni. Banyak benda aku nak buat. Tapi, badan masih terbaring lena di atas katil. Kepala dan badan seakan-akan berpisah walaupun dah terang benderang melekat antara satu sama lain.




Aku dah jemu di panggil sebagai pemalas. Kalau lah family aku boleh dengar semua ini, aku teringin sangat nak cakap yang aku bukan pemalas. Kemurungan yang ada di dalam diri aku yang berpunca daripada mereka dah menyedut semua energy aku. Serious, motherfucker. I'm not lying. 




Everyday routine: Wake-up - pretend I'm OK - Sleep.



Phew, penat berpura-pura. Tapi apa boleh buat. I've got no options. Kalau aku tunjukkan kesedihan di depan mak aku nanti, mak aku pulak yang susah hati. Aku tak mahu begitu. Kalau tunjuk kesedihan kat sini, takpe. Orang tak kesah. Paling teruk pun dorang akan cakap "meraih simpati". Biarlah. Orang yang suka cari kesalahan orang lain ni memang tak senang and happy hidup dia. Macam aku. How I wish I could go back to a time when I could smile and be happy. Angan-angan mat jenin. Jangan harap lah.



Kalau takut dengan kegelapan dan kekalahan, jauhkan diri dari aku yang sememangnya dah lama tiada motivasi. Mintak diri dulu.

Wednesday 20 March 2013

Lelaki pun ada jugak yang murahan.

Betul. Benda ini tersangatlah betul. Ingat perempuan je ke ada yang murahan? Mentang-mentang lah ayat "perempuan murahan" ni selalu didengar kan, lelaki yang jenis murahan pulak dilupakan. Lelaki pun ade tau. Kesian mereka dilupakan. Takpe, aku sentiasa setkan di dalam otak aku bahawa lelaki ada juga yang murahan. Lately ni, aku asyik tengok mamat mcm ni dekat TL twitter aku. Bukan twitter je. Kat homepage Facebook, Marshable, Ask.Fm, and ape lagi eh? Hmm ntah la. Bernanah bijik mata aku ni tengok dorang. Nak buat macam mana? Sapa suruh aku approve dorang kan? Padan muka aku.




Tu belum lagi termasuk dengan dunia sebenar. Aku tak suka tengok mamat-mamat dayus mcm ni. Seriously. Ikut suka mak bapak dia je nak panggil perempuan tu sundal la, pelacur la, bitch la, slut la ape ke bende lagi ntah. Cakap yang perempuan ni semua nya sama la. Cakap yg perempuan ni pantang nampak jantan berduit la. Nampak je mamat kaya, terus caras. Nampak je hotstuff even hotstuff tu ade kudis, terus ngurat. Nampak je mamat handsome, terus mengangkang. Ish, macam mana kau didik otak kau ni? Hoi, meh sini aku nak bagitahu something. Tak semua perempuan seperti itu. Kalau kau tak reti pilih perempuan, kau jangan lah nak salahkan semua perempuan kat dunia ni yang langsung tak ada kena mengena dengan kau. Kau dah cakap semua perempuan tadikan? Mak kau? Jantina mak kau ape ye? Half gigirl and half boboy? Maaf makcik, saya bergurau je dengan anak makcik. Biadap sangat ni.





Tak kesah la secibai mana pun perangai perempuan tu, kau tak payah la nak panggil dia pelacur. Kesian dia. Mana lubang perut kau? Dia tak melacur, tapi kau cakap dia tu pelacur. Macam mana kalau aku cakap, kau rogol cikgu kau padahal kau tak rogol dia? Tapi kau ponteng tiap-tiap hari, tak siap kerja rumah and tak dgr ckp dia? Apa kau rasa? Tak adil kan? Macam yang aku ckp tadi, tak kisah la secibai atau setaik mana pun perangai perempuan tersebut(tak kisah la perempuan ke jantan ke), kau jangan lah nak paggil dia dengan benda yang tak sepatutnya, which is something yg dia tak pernah buat. At least, kau as a jantan(yg dayus), respect la perempuan tu, even sikit. Respect her as a women. Tak macho kalau jantan menyumpah seranah seseorang perempuan. Eventhough perempuan tu perangai tak elok or what, but believe me, bila jantan menyumpah dorg, pukul-pukul dorg, lantak kau je nak buat ape dgn dorg, you looks even worse than trash.





Ni lagi satu. Masih lagi topik sumpah seranah. Tahu lah diri tu dah famous, tapi tak payah la nak gunakan ke-populariti-an kau tu untuk tweet/post status menyumpah seranah orang. Lagi lagi kalau kau (jantan) yang menyumpah seranah perempuan mcm I. Kau memang suka jatuhkan maruah org ke? Kau tahu tak setiap perbuatan ada pembalasannya? Lagi2 perbuatan jahat mcm hang ni. Zaman sekarang ni Allah bayar cash. Kau tahu kan? Tak payah nak tunggu kau mati. Sekarang ni pun dia boleh balas. Aku tak rasa kau tak tahu. Aku tahu kau tahu tapi tu lah. Kau dah jadi 'sedikit' buta disebabkan "kemashyuran" yang tak akan bawak kau ke mana-mana. Mungkin itu yg membuatkan kau jadi dayus. Adoi, nampaknya tahun ni, jumlah lelaki-lelaki yang dayus meningkatlah nampaknya. Aku tahu, kau rasa teruja bila orang RT dan balas tweet kau dan setuju dengan statement kau yang suka menyumpah seranah orang. Kau rasa mereka seolah-olah menyokong kau. Tapi agak sayang di situ, kau ambik kesempatan tersebut untuk menyumpah perempuan tu. Kau bukak semua kesalahan and keburukan perempuan tu walaupun kau tak pasti lagi akan kebenarannya. Untuk apa agaknya? Oh, nak balas dendam. Kau nak rasa puas bila orang bersetuju dgn kau saat kau panggil dia 'bitch' dan tuduh dia yang bukan-bukan. Adik, in this world, takdo yang perfect nyo. Kau cerita benda yg tak elok pasal perempuan tu mcm lah kau tu bagus sangat. Kau terlupa yang diri kau tu ada kekurangannya jugak.





Sebelum nak cari taik kat kain org, taik kat kain diri sendiri haruslah di check terlebih dahulu. Macam kau bawak kereta, kalau kau dah ada lesen kereta lah. Sebelum nak memulakan perjalan yang panjang, kondisi kereta harus dicheck berkali-kali. Tayar mesti diisi dgn tekanan angin yg betul, check air battery, enjin, cermin kereta, side mirror, pintu, meter, even stereng kereta pun kau mesti check sebab benda tu lah yang paling penting. Tanpa stereng, kau tak akan dpt menuju ke destinasi yang kau nak pergi. Kau mungkin fikir yang stereng itu sentiasa berada di dalam keadaan yang baik sebab belum pernah ada lagi kes yang tercabut stereng kereta semasa bawak kereta. Tapi, kau tak tahu yang perkara-perkara tersebut boleh terjadi dengan kuasa Allah. Dah kenapa aku cerita pasal kereta dan destinasi kau ni? Moving on. Bawak-bawak lah bertaubat. Sekarang ni, mungkin kau suka hati, senang-lenang, dan ketawa terbahak-bahak sampai terkeluar anak tekak sbb perbuatan kau tu, tapi, bila Allah dah memulakan langkah untuk melaksanakan rancangan-Nya untuk membalas perbuatan kau, kau di dalam kondisi 'naya'. Memandangkan kau ni jenis yang pentingkan imej di alam maya, aku nak cakap something. Dulu kau ketawa, lepastu kau sakit hati. Orang-orang yang dulunya suka  dengan tweet-tweet kau, sokong tweet-tweet kau yang suka menjatuhkan orang yang tidak bersalah, kini tidak lagi. Follower kau yg beribu2 tu jadi berbelas2 je. Ha, kau nak? Belajar je lah dulu. Lepastu cari kerja. Sara hidup awek kau tu nanti. Tu pun kalau kau bertahan sampai ke jinjang pelamin. Tak payah la nak bermegah dgn account twitter/fb kau yang belum tentu dapat bertahan lama tu. Famous dalam alam maya tak ke mana-mana pun.




Apa lagi aku nak membebel ni ye? Aku ni bukan nya rajin sangat nak menyumpah seranah hidup org ni. Aku tak ambik kesah sebenarnya pasal hidup orang lain. Aku sibok dgn hidup aku je evendo aku lifeless. Lifeless mcm mana sekalipun, buat ape kita nak menyebok dgn kehidupan org kan? Tapi, di dalam kes ni, memandangkan dah ada yang 'mengambil berat' dgn kehidupan aku walaupun dengan cara yang salah, aku harus lah 'mengambil-berat' balik kehidupan dia. Kesian orang dah penat-penat care pasal kita, kita tak balas. Tak manis ui.





Orang ramai cakap, kalau kita terbesin atau terbatuk, mesti ada orang yang sebut-sebut nama kita yang tak berapa nak syok untuk disebut itu. Tapi kan kan, masa aku bermain-main dengan webcam aku, secara tiba-tiba pulak tekak aku gatal. Lepastu, aku rasa nak batuk. Masa aku nak batuk, tiba-tiba aku terbesin. Anjakan paradigma kah ini?! Mungkin tidak. Jadi, persoalan yang sebenarnya ialah.. Ada orang cerita pasal aku ke? Mana lah tahu kan ada orang tu pergi ckp kat awek dia yang aku ni duk kutuk-kutuk boyfriend dia kat blog? Heh, adoi.





Entry kelihatan kurang matang sebab aku bergaduh dengan orang kurang matang. Ye, budak-budak lagi dia tu. Ala takpe, budak-budak tu la cute kan? Meow.

Saturday 16 February 2013

Madu yang dibalas dengan racun.

First of all, babi betul.



Eh, kalau orang yang kau percaya, selama ni kau tolong dia, and kau protect dia habis-habisan dari hinaan yang dilemparkan oleh orang-orang kuat kau betray kau, binatang babi tu jugak lah yang menggelongsor keluar dari mulut kau. Jangan nak menuduh aku je.




Apa lah nasib, kenapa perangai manusia sekarang ni cibai sangat? Aku rasa kita semua berada di era yang di panggil cibai. Aku dah tolong pun masih nak buat hal. Dah la tu, diri sendiri yang salah, then tak tegur aku. Macam aku pulak yang bersalah. Nampak permainan keji dia kat situ? Amboi, babinya perangai. Kalah kerabat-kerabat babi sendiri. Dah nak dekat setahun, masih jugak tak tegur aku. Adeh adeh, takpe lah. Aku maapkan je lah manusia macam ni.




Aku masih hairan ni. Dia yang bersalah, tapi dia pulak yang tak bertegur dengan aku. Dah lah tak tegur, sombong pulak. Lepas kejadian tu, aku masih lagi tegur perempuan jalang tu. Eh lacau la. Apa yang harus aku buat dengan manusia macam ni? Nak elak, tak boleh sebab setiap hari jumpa. Nak bunuh, nanti masuk penjara. Nanti rancangan dia nak buatkan aku nampak bersalah berjaya pulak. Nak dibiarkan, setiap kali tengok muka hodoh dia tu rasa nak baling dengan taik.




Takpe, dia sendiri dah macam taik. Takpe-takpe. Bio kan.

Wednesday 30 January 2013

Bukan kita sorg je yg tinggal kat atas bumi ni

Post tittle aku agak panjang but who cares? Ada aku kesah? Tak. Kau kesah? Tak. Najib kesah? Tak. No one cares. Biarlah tajuk post aku panjang macam ular sekali pun. Yang penting, post aku ada tajuk. Daripada kau tu, asyik terlupa nak letak tajuk. Main post je. (Sapa tu eh?)




Berkenaan dgn tajuk di atas, yes. Memang bukan kita sorg je kot yg tinggal kat atas bumi ni. Lain la kalau mata kau dah dikaburi dengan uwang(wang). Bukan takat mata je kabur, hati pun boleh kabur, kut? Ntah. Aku tak pernah rasa jadi orang kaya. Screw anda semua. Bumi ni milik Allah. Allah jadikan bumi ini untuk manusia. Anda haruslah ingat bhw masih ada org lain yg hidup menumpang di atas bumi ini selain daripada diri anda yang egonya agak tinggi jugak. Saje aku nak remind kan benda ini dengan korang. Melayu kan mudah lupa. Bukan takat melayu je. Ini mesti di-ingati ye adik2, kakak2, abg2, pakcik makcik atok ninek sekalian.





Dan gue masih tak faham2 kok kenapa masih ada org yg rasa hanya diri dia sahaje yang tinggal di muka bumi ini. Cuba kita post something yg berbaur sindiran dekat twitter/fb/blog or blablabla, mesti ramai yg terasa, even though kita tujukan benda tu just for one reason. Ish, orang nak berbalas-balas sindiran pun tak senang lah kau ni. Pergilah hancurkan hari orang lain. Kenapa mesti aku jugak yang kau target. Stupid joykiller. Elok-elok aku sindir 1 orang, dah bertambah jadi 2. Eh, aku hanya ada 1 hati lah. Mana boleh treat orang banyak-banyak.




Aku? Aku selalu kena. Tak ape, sindiran itu bagus untuk kehidupan. Aku rasa benda yang dipanggil sebagai sindiran ni harus dijadikan makanan dan semua orang harus merasainya. Dan kalaulah cadangan aku untuk menjadikan sindiran ini sbg makanan ini diluluskan, aku rasa sindiran ini haruslah diletakkan sama baris dengan makanan-makanan yang berada dikategori pedas. Sesape yang tak tahan pedas, harus la jaga perilaku dan sentiasa lah menggunakan otak. Kalau tak suka makanan pedas, order lah pancake atau waffle. Jangan sesekali berani order nasi dan sambal belacan yang diperbuat daripada Jalapeño. Tu pun kalau ada. Kalau dah tahu diri tu tak mampu menerima sindiran, jangan lah kau memulakan langkah untuk memerangkap diri kau sendiri. Okay? Kalau kita sindir seseorang tu, tetapi orang lain pulak yang terasa, itu biasalah. Sifat manusia yang kita tak boleh kikis. Tak payah nak cakap pasal orang lain la. Diri sendiri pun sama.




Apa yang penting, sindiran itu kedengaran lebih 'mulia' lah jugak daripada 'fitnah'. Sesungguhnya binatang yang digelar fitnah itu adalah sesuatu yang mampu mengundang keburukan yang dasyat seperti membunuh. Bunuh perasan, bunuh talian persaudaraan dan persahabatan. Make sense jugak, dalam Islam, dosa orang yang menabur fitnah ni sama level dengan membunuh. Mungkin lebih? Aku rasa kau mesti tahu. Tak mungkin kau tak tahu. Kalau kau tak tahu, aku tak tahu nak kata apa-apa lagi. Hanya mampu menyedekahkan perasaan simpati dan kasihan. So, kalau taknok gelabah nenen, hentikan.






Ditujukan khas kepada sape-sape yang pernah terasa makan Jalapeño aku. Dan aku tujukan entry ini khas kepada aku jugak. Eh biarlah!