Friday, 12 June 2015

Khusus kepada awek-awek, jantan-jantan & spesis Amy Timber



Rasanya tak. Kenapa? Iman awak tergugat ya?





Dan tak semua lelaki yg tertarik dgn perempuan tu, yg ajak perempuan kahwin tu, punya impian untuk ada anak(read: tak mahu ada komitmen, tak mahu kusutkan kepala, atau spesis yg lebih teruk------ jantan tak guna, douchebag, asshole, scumbag). Kawen semata seks. Aku rasa yg ini agak klise, tapi memang wujud. Memang wujud. Beromen kuat, tapi taknak ada anak. Ada jugak yang dah ada anak, tapi setahun dua kemudian dia kasi bini dia sorang-sorang mereput jaga anak-anak dia tanpa menghulurkan sesen pun. Ini mmg wujud. Aku kenal jantan macam ni. Siap tahu alamat rumah dia lagi. So girls, kalau kau nak argue dgn pondan dgn alasan "at least kitorg ori, tulen, boleh buat anak dan boleh keluarkan anak", batalkan je la niat kau tu. Bukan setakat Amy Timber je yang gelak, aku yg dilahirkan sbg perempuan tulen mcm kau pun turut gelak baca alasan klise mcm tu. Siap menguap lagi. Sungguh, klise habis. Kalau dapat mengandungkan anak dan dapat keluarkan anak macam mana sekalipun, kalau dah lelaki tu homo, tak nak ada anak, tak suka perempuan tulen macam kau dan aku, berguna ke alasan klise kau tu? Dia peduli apa kau tulen ke tidak. Kau bukan taste dia. Apa dia kisah? Dig dalam lagi please. Buang ayat 'at least kitorang tulen boleh rasa sedap bla bla bla' tu. Gantikan dgn alasan yg lebih menusuk. Zaman sekarang ni, kau pasti ke semua org suka barang tulen, yang ori? Hm? Ingat orang sekarang ni kepala otak dorang betul? Kepala hotak dia! Even seseorang yang fikiran dia 100% berlandaskan logic pun kadang lari dari landasan sikit. Bumi semakin tua, manusia semakin gila. Org sekarang ni suka menunjuk, sukakan pujian. Lelaki termasuk sekali la, ingat perempuan je? Lelaki tu peduli apa kalau 'perempuan' yang berada di samping dia tu ori, tulen atau tak? Janji lawa, tembelang tak pecah & kawan puji tak habis-habis, sudah. Lelaki sukakan barang yang cantik. Busuk tak apa, janji bau busuk tu dapat di sorok. Janji dia puas bawak barang yg cantik tu kemana-mana. Ini kalau lelaki yang jenis dah tak peduli dgn dunia akhirat la. Kalau kau(lelaki) masih punya rasa geli nak peluk pinggang makhluk yang sama spesis dgn kau, mohon tadah tangan sekarang.



Memperkenalkan, spesis homo. Kalau tak tahu lagi.

Lelaki homo ni selera dia mmg tiada untuk mahkluk yang 'rata' pada bahagian bawah guys. Kalau tak tahu lagi.


Kalau dia nak kau, dia pilih kau. Kalau dia nak pondan, dia pilih pondan. Tapi kalau kau nak jugak ikut saat manusia Bisexual tu pilih kau, yang tu aku tak mahu bincang. Hanya mampu duduk, bersilang kaki dan memeluk badan sambil membayangkan aksi-aksi korang berdua yang seterusnya.

Dah tengok boyfriend Amir Timber? I mean, Amy Timber? Dengan tatu-tatu pada mukanya?



Nak kesiankan perempuan pulak. Nasib baik aku ni jenis yg lebih pentingkan otak yg waras daripada rupa paras. Jadi, rasa sakit tu tak berasa sangat. Kalau rasa sakit pun sebab sakit hati tgk dorg ni buat lelaki ragu-ragu akan ke-ori-gi-na-li-ti-an para wanita tulen yg wujud kat dunia ni.



Macam kau. Kau suka makan KFC hot & spicy tapi aku paksa kau makan yg original. Dah kau tak mahu buat apa aku paksa? Setiap orang punya hak dan citarasa masing-masing.


Kau nak sedih buat ape? Mak dia hijau. Relax sudah.

Sebab manusia semakin gila!!!!





Amy Timber, aku tahu muka kau lawa, bak kata mereka, sikit lagi nak dekat sama macam Arianna Grande(aku tak dengar lagu penyanyi-penyanyi mainstream mcm Arianna Grande, so, maaf. Tak minat). Alah, kat dunia boleh ah. Kat akhirat nanti ntah mcm mana muka kau(kalau kau tak taubat la. Rasanya kau tak akan. Tapi aku siapa untuk menghukum dan menentukan tempat kau kat sana nanti? Ntah-ntah aku yg pergi kat tempat berapi tu dulu. I'm not perfect too. Siapa tahu? Dunia dan kehidupan ni penuh dgn plot twist yang tak dapat dijangka. Ah, buhbee, sempat pulak aku berfilosofi kat sini!). Tapi boleh tak kau berhenti cakap muka perempuan tulen ni mcm kapal pecah? Engkau tak sedar ke suara kau tu pecah dan sumbang mambang!?! K, sorry, tak mau gaduh. Ada kot perempuan tulen yg muka lawa. Banyak do, siap dgn big boobs & nice curves. Hijabis sekarang pun boleh tahan.


Nah. 99.99% rupa Arianna Grande.


Ha, lawan, lawan!
Sedikit pesanan: Jangan bukak account awek berkenaan. Just don't.

Kalau kau boleh sorokkan halkum dan bonjolan pada seluar kau, kenapa kau tak boleh sorokkan ******** kau tu? PlzZzz~


Dan aku faham kenapa kau benci rakyat Malaysia. Aku dulu pun pernah benci dgn rakyat negara aku sendiri sebab dorang ni kuat menyibuk, bias, rasis dgn kaum sendiri & berat sebelah padahal diri sendiri macam sial. Malaysians knows how to make you feel like shit. Macam aku dulu, dorang lebihkan perempuan bertudung daripada perempuan freehair mcm aku. Aku betul macam mana sekali pun dorang taknak sokong aku sebab "orang yang akalnya lurus tak abaikan perintah tuhan". Mentah-mentah dorang tolak pandangan aku! Tapi sekarang apa aku kisah? Manusia boleh berubah. Janji ada otak, fikiran lurus & tak bias sudah ah. Ah, kelaut sudah.


Jom, refreshkan minda jap.
#TeamTolakAlasanCliche


P/S: Sebenarnya dari tahun lepas lagi aku nak bercakap pasal ni. Tapi malas. Dan sekarang, memandangkan fenomena Amy Timber ni sedang diperkatakan, lebih baik aku teruskan post aku yang tergendala selama ini. Bukan kpd Amy Timber je, kepada perempuan tulen jugak. Sebab tu aku main embed je tweet aku dari tahun lepas.

So girls, ingat, ada juga wanita tulen yang tak dapat mengandung. Pandai-pandailah.

Sunday, 10 May 2015

Being Raised By A Single Mother



Raising a family is difficult enough. But it's even more difficult for a single mother struggling to make ends meet.


Misery, insults, kutukan, fitnah, she has through it all.
ALONE.


Being raised by a single mother has taught me pretty much everything--- how to survive, how to doing things independently, how to face my great fear, how to live on a tight budget, how to not rely on a man for everything, how to pay your bills with YOUR OWN money, how to forgive when you don't really want to, how to appreciate the little things in life, everything! We weren't rich. We went through a lot of downfall but this woman in this picture is now a successful single mother!



Growing up in a house of girls, we've learned about real independence, about teamwork, about climbing on ladder, lifting the couches and fixing the lampu yang rosak and leaky pipes. Even nak alihkan almari yang berat seberat gajah itu pun kitorang (girls) yang buat. TV yang besar bapak & peti ais yang berat nak mampus itu pun kitorang berusaha alihkan even banyak kali berhenti sbb nak ambil nafas(lol). Kadang kitorang malas nak tunggu, kitorang pergi buat sendiri. Lebih-lebih lagi bila kitorang(aku atau mak aku) tengah sorang-sorang kat rumah. We've been living like this for almost 9 years. I'm pretty proud of my mom, my sisters & myself.



Seeing my mother refuse to give up has inspired me to get up & fight my illnesses(severe depression, severe anxiety & other severe mental illnesses). She's the reason why I wanted to survive and change my life. She prove to me that we can actually survive a day without a single penny, we can survive the entire life without a man behind you and we can really survive even we've been hurt by everyone and everything around you. Well, in my case, I've survived my teenage years without friend for about 5 years. Kau boleh hidup tanpa kawan selama 5 tahun, dari umur 16 sampai 20? And at the same time struggling dengan banyak masalah but hidup jugak di penghujung cerita? I deserve to be proud of myself here, no matter what are you going to say.



I don’t believe in friendship, she knows that(and she is still trying to change my view on that). But when I told her that I have a great fear of marriage, I cannot forget her precious reaction. Haha. Muka takut tak dapat cucu from me obviously terpancar from her face. My mom disappointed with her marriage but her advices about marriage to me was SANGAT BERHARGA. I almost cried. Okay memang menangis pun sebelum tidur bila teringat her advice for me. I still have those fear though..



Happy Mothers Day, beautiful lily. Kalau ikutkan hati mahu shj aku post setiap hari & senaraikan satu persatu perkara yang menakjubkan about this woman and I wanted everyone to know how STRONG & AMAZING this woman is and how PROUD and THANKFUL I am to have her as my mother.



But love is still love samaada ditunjukkan atau tidak.
Thank you is still thank you.
I love you, Lily Suryani.

Tuesday, 3 March 2015

Happy Birthday Ying

Happy Birthday to me.


On March 2nd I am celebrating my 20th birthday after a very long time. I haven't celebrated my birthday in almost a decade. So how did I celebrate my birthday yesterday? By watching a movie in an almost empty hundred and forty eight seats cinema.


Alone.


Beli cupcake, kemudian balik. Rumah masih kosong. Lepak la aku sensorang sampai orang rumah balik~
Aku terima surat daripada Ying 1(aku tulis semalam). Mungkin sebab hanya Ying 1 dan aku shj yang yang mahu survive. That's why we keep in touch. Ying 3 sedang tidur. Ying 4 ntah ke mana. Ying 5 sedang merajuk. Anne & Oi dah lama menghilangkan diri(lol)
Jangan bimbang. Ying 1 sampai Ying 5 serta Anne dan Oi itu adalah orang yang sama. Iaitu aku.



Sebelum di tiup.



Selepas di tiup.
Harap-harap aku tak takutkan sesiapa yang sedang membaca.
Itu pun kalau ada lah.
Kalau ada.

"Oh, terlupa nak buat wish sebelum tiup lilin!"

I used to hate my birthday sebab dulu aku anggap birthday aku adalah satu peringatan of how alone I am in this planet and also a reminder of how long I've been depressed & sometimes aku rasa aku dilahirkan untuk 'berseronok' dengan depression sampai mampus. But I am now grateful because aku dah terbiasa of being alone and satu-satunya perkara yang aku nak buat masa sekarang adalah bersendirian.


Happy Birthday Ying. You're 20 now. Not 10 anymore. Kau mesti berubah. Banyak benda yang kau kena buang. Salah satunya, yang kat atas ni. Tulis surat kpd diri sendiri, sambut birthday alone. Tak kahwin la kau nanti kalau kau terus macam ni~
Goodluck.

Friday, 23 January 2015

My experiences with Antidepressant


(click on the name for more information)




How the antidepressants work.

Selepas bercakap dengan doktor, selepas menjalani beberapa ujian dan selepas bertemu dengan doktor pakar dari bulan Julai sehingga ke bulan Disember pd tahun 2013, aku telah diberi timbunan pil biru dan putih serta sesi kaunseling. Pil biru adalah pil tidur dan pil putih adalah antidepressant. Semakin hari jumlah pil aku semakin bertambah. Daripada pil berwarna biru dan putih, di tambah dengan pil berwarna merah dan kuning. Dan bagi orang yang tak suka telan pil macam aku, bawak pil-pil macam tu keluar dari klinik macam bawak batu dalam plastik. Aku terpaksa hadap pil-pil tersebut setiap malam, sebelum tidur. Itu pun kalau aku tidur waktu malam. Nak makan pil tidur pun aku malas. Inikan pulak antidepressant dan pil-pil yang lain.


Tapi kata nak sihat.
Jadi, terpaksa tahan.


Hari pertama:- sebelum tidur.
Sebenarnya masa tu aku tak nak tidur lagi. Sebab mata aku memang tak mengantuk. Sekitar pukul 12:30 malam, aku keluarkan sepapan pil daripada kotak(seperti yang ditunjukkan di atas). Aku ambil sebijik. Sebelum aku masukkan pil tu ke dalam mulut aku, aku teringat dengan pesanan pharmacist cina yang berada kat farmasi klinik tu.
Makan sebelum tidur setiap malammakan setengah shjjangan makan sebijik.
Tapi aku nak sembuh cepat, aku makan sebijik terus. Lepastu aku terus layan musik kegemaran aku dan duduk depan cermin. Tiba-tiba kepala aku pening. Otak aku terasa macam "ditolak ke dalam" secara paksa(faham tak?). Pening dia, aku tak tahu macam mana nak jelaskan. Lepastu, aku pergi baring atas katil. Kepala masih pusing. Tangan aku menggeletar, aku tiba-tiba kesejukkan, dan tahap anxious aku makin meningkat. Aku tak tahu samada itu adalah panic attack atau side effect lepas makan antidepressant.
Tapi, agak mustahil kalau aku kena panic attack. Sebab selalunya, sebelum aku kena panic attack, aku akan mengalami episode dimana aku akan risau tak tentu arah, tak pasti kenapa aku risau dan aku akan gundah gulana. Jadi, pada masa itu, aku fikir itu adalah side effect of antidepressant.


Keesokan harinya.
Aku bangun lebih awal daripada hari-hari biasa. Pelik. Selalunya aku akan terlajak 1 atau 2 jam. Hari tu aku bangun 2 jam lebih awal. Nak kata aku tidur lebih awal malam sebelumnya, aku tak pasti. Aku tak dapat panggil semula(recall). On the way aku pergi ke tandas, aku dapat rasakan yang badan aku dalam keadaan yang lemah dan lenguh. Paling lenguh---lengan kanan aku dan kedua-dua kaki aku. Aku terasa letih. Kepala pening lalat. Aku tak pasti apa perasaan aku pada masa tu. Semuanya terasa kabur dan kebas sampai ke perasaan aku sekali terasa kebas. Dan aku mula terfikir akan pil yang aku telan semalam. Mungkin jugak sebab aku makan 1 pil, bukan nya ½ pil tersebut. Mungkin doktor bagi aku pil yang mengandungi dose yang tinggi. Padan muka aku. Kalau aku telan 5 biji, maunya berbuih mulut aku malam tu.


Hari kedua; telan lagi.
Kali ni aku ikut cakap the pharmacist tersebut selepas kena penangan dan pengajaran pd malam sebelumnya. Tanpa buang masa, aku terus tidur. Bila aku bangun keesokan harinya, keadaan masih sama—badan lenguh-lenguh, sengal-sengal, tak pasti dengan apa yang aku rasa, kepala pening.


Hari ketiga.
Aku telan lagi setengah pil. Kali ni aku makan bersama dengan antipsychotic. Dan aku terus tidur serta merta. Lepas telan pil-pil tu badan aku terasa lembik dan lemah secara automatik. Dan malam tu, aku dapat nightmare yang sangat teruk dan sangat disturbing.
------------
Keesokan harinya. Aku syak punca aku dapat disturbing nightmare tu adalah daripada antipsychotic. Dan badan aku masih lagi sengal-sengal. Jari jemari aku usah di kata lagi lah, memang rasa macam nak patah. Sudahnya, malam itu aku demam. Aku terpaksa mintak mak aku sediakan bubur untuk aku. Nak berdiri pun aku tak mampu. Sebelum tidur, aku terpaksa makan satu lagi pil tambahan—panadol. Antidepressants, antipsychotic, dan panadol. Aku cut pil tidur aku daripada list. Dan sebelum tidur, aku menangis. Sebab aku makan banyak sangat pil. Tak tahu kenapa, tapi aku rasa hidup bergantung dengan pil ni adalah sangat menyedihkan. Sebab itu lah kot.., aku menangis.


Seminggu kemudian.
It has been a week dah aku struggle nak telan antidepressant. Aku berhenti ambil Luvox(antidepressant) untuk beberapa hari. Aku nak stabilkan diri aku. Aku nak waraskan diri aku. Paling-paling, jiwa aku. Bila dah OK sikit, aku kembali on track bersama antidepressant. Berat rasanya mulut dan tekak aku nak terima balik pil putih tu. Tapi apakan daya, si putih yang di patah setengah itulah yang mampu membantu aku lawan semua ni. A couple of days went by, aku rasa tidak senang duduk. Aku cakap kat mak aku, pil tu macam buat aku makin teruk je. Lepastu dia tanya aku, aku nak buat apa, kalau ikutkan hati, mahu je aku buang semua pil-pil tu ke dalam longkang. Tapi deep down aku nak teruskan sebab aku tahu pil ni dapat bantu aku.

And then aku paksa diri aku untuk bergerak instead of  hanya baring dan baca buku. Ogos 2014, appointment dengan kaunselor aku. Dia ajak aku join kem yang dianjur oleh unit psikologi dan kaunseling pada akhir September. Kem tu khas hanya untuk pekerja dalam unit tu tapi dia dah ajak aku, aku ikut je. Walaupun pada hari kem tersebut aku dah pasang niat nak tarik diri, tapi mak aku paksa. Aku pergi je lah. Balik dari kem, hm, tak banyak yang berubah. Aku masih susah nak berkawan. Ramai yang cuba rapat dengan aku. Tapi itulah, kem tu berakhir macam tu je. Sebelum pergi kem tu, mak aku berharap yang aku berkawan dengan sesape. Ugh. I'm such a loser. Nak berkawan dengan orang pun susah. Sorry mak.
Balik dari kem, aku start workout. Actually, a week before I went to the camp, I have already started my workout program. Workout aku tergendala untuk beberapa hari sebab aku berada kat kem. Lepas balik dari kem, aku bedal terus treadmill pd keesokan harinya. Aku lepaskan geram dan sakit hati aku dengan bersenam. Guess what, betul kata budak-budak forum; exercise dapat membantu mengurangkan atau menghilangkan depresi. Dan pada masa tu, Oktober 2014, dah nak genap 2 – 3 bulan aku tak makan antidepressant. Aku malas nak hadap pil lagi. Tapi jiwa aku dah tak ‘sarat’ macam dulu. And I become more positive than ever. I'm pumped by something. From October 2014 sampai sekarang I have lost like more than 20 pounds(10 kg) in a healthy way. Not by vomiting and starving anymore. My workout program dah start lama. My aunties pun terkejut tengok perubahan badan aku. Kalau nak tahu, aku ni lah manusia yang paling malas nak hebah atau update benda yang aku sedang buat. Aku tak rasa orang lain perlu tahu. Cukup lah aku sorang, mak aku dan adik-adik aku. Yang penting, I work my ass off! Tapi untuk mengomplitkan (meng-complete-kan) cerita ni, aku terpaksa bagitahu. Hehe. Tapi aku tak rasa cerita ini berkaitan. Berkaitan ke? Don't know, don't care.



Kem anjuran Unit psikologi kaunseling.
Saja upload.
Aku lebih suka kalau bercerita sambil tunjuk bukti sekali.



Ada satu ketika tu, selepas aku balik dari jogging, badan aku terasa lemah. Aku rasa macam aku dah tak mampu nak teruskan semuanya. Dan thoughts on giving up are flooding my head. Aku tulis macam-macam atas kertas, saying that aku mungkin akan kekal sebegini selamanya, and I will never be free from this vicious dark circle. Aku rasa aku memang dah kena sumpah dan sumpahan ini tak akan hilang. Aku rasa aku akan sengsara seumur hidup. Setiap kali exercise, aku rasa diri aku seolah-olah dipaksa dan orang yang memaksa aku itu adalah diri aku sendiri. Semangat dalaman aku dah hilang.

Rupa-rupanya aku nak datang bulan.

Normal la tu. Bila dah dekat-dekat nak datang bulan, semuanya tak betul. Hormon berterabur. Lepas habis haid, aku kembali normal. Aku dapat semangat aku balik. Aku workout dengan senang hati


 January, 2015.

2 hari yang lepas, aku demam. Aku selongkar laci aku, aku nak cari pil selsema. Tak jumpa. Apa yang aku jumpa adalah antidepressant aku. Pernah la like on New Year eve, aku pasang niat:- aku nak makan balik antidepressant. Aku ingatkan antidepressant aku dah habis. Rupanya masih ada. Tiba-tiba aku throwback. Pharmacist cina(lelaki) kat farmasi klinik tu dah kenal aku. Ada 1 hari tu(sekitar bulan Mei atau Jun tahun 2014), aku sakit perut. Satu malam aku tak dapat tidur. Asyik naik-turun tangga pergi ke sinki dapur, masuk jamban, muntahkan semua yang ada dalam perut aku sampai aku muntah air liur putih je. Aku buat air halia, aku minum, tak jugak sembuh. Mujur mak aku sedang cuti. Pagi-pagi lagi aku ajak mak aku pergi klinik. Nasib baik jugak cousin aku kerja kat kaunter klinik tersebut. So, aku dapat masuk dengan cepat. Sengsara nak tunggu giliran. Dah jumpa doctor apa semua, doctor cakap itu gastrik. Tapi bila kat farmasi, pharmacist tu cakap, gastrik aku tu mungkin disebabkan oleh depresi aku. Kemudian dia tanya, antidepressant aku masih ada lagi ke dah habis. Aku tak tahu antidepressant aku tu masih ada lagi ke tidak, sebab banyak sangat pil dalam bilik aku dan aku dah berhenti ambil pil tu. Apa yang aku dapat ingat ialah, dalam kotak, masih lagi ada sepapan dan hanya tinggal dua bijik je. Jadi aku geleng. Dia suruh aku datang balik nanti, dan mintak pil baru. Tapi sampai sekarang aku tak pergi ambil. 2 hari yang lepas, bila aku selongkar betul-betul laci aku, masih ada lagi rupanya.


Dan aku sekarang kembali on track bersama antidepressant. Dan sama-sama kita tengok result dia macam mana. Sigh, terasa macam tikus makmal pulak.
Sebab itu lah aku selalu cakap, kalau tak ada depression, jangan memandai cakap ada depression. Jangan ambil antidepressant sesuka hati. Tapi kalau nak dapatkan antidepressant pun, kena dapat surat pengesahan dan nasihat dari doktor. Kalau kau betul-betul ada masalah, mereka akan bagi. Sekarang aku dah tahu kenapa mereka tak bagi antidepressant sesuka hati. Dia punya effects...., yarabi. Dari tak suicidal, tiba-tiba jadi suicidal tahap 99%. Dari 99% tenang dan charged, tiba-tiba jadi tak keruan, gelabah gila babi dan exhausted. Tapi, result sebenar akan keluar pada penghujung cerita. Pulih atau tak, aku tak pasti lagi. Aku masih di pertengahan jalan cerita. Tak tahu sama ada aku akan terus mara ke penghujung atau kembali semula ke permulaan cerita. Dan semalam, aku skip lagi ubat aku.


Jadi, fikir semula kalau nak assume atau buat apa-apa.
To those people who are suffering from fake depression because you think it's cool: leave it in 2014 and welcome to 2015.


Kau fikir, kalau kau telan antidepressant, kau terus jadi happy dalam hanya beberapa minit? Maaf untuk mengatakan ini, tetapi kau salah. Ini antidepressant, bukan cocaine.
Dan juga bukan ubat yang merawat luka.
And that is how antidepressants work. Chaotic.


Semoga hari anda indah.
P/S: Sebenarnya, aku sendiri pun baru baca artikel Luvox ni. No wonder la aku yang tak self harm dan suicidal ni tiba-tiba jadi suicidal. This pills are very dangerous, everyone.