Friday 25 July 2014

Payung Merah




Ada cerita yang berbunyi,


"Jika hari hujan dan kebetulan kau menggunakan payung yang berwarna merah, 
jangan sesekali kau menggunakan jalan tersebut"



Ada yang bertanya,

"Kenapa? Apa yang ada kat situ?"

"Dulu, ada seorang gadis yang meninggal dalam keadaan yang mengerikan, di situ. Dia meninggal
dengan anggota badan yang tidak lengkap. Dengar cerita, rohnya tak dapat pergi dengan tenang sebab perkara tu."

"Jadi..? Apa hubungan payung merah dengan roh gadis tu?"

"Roh gadis itu tinggal di situ. Untuk membenarkan rohnya pergi dengan tenang, dia tidak akan segan untuk mengambil anggota badan orang yang lalu di situ. Kalau kau menggunakan payung merah, itu bermakna kau memberi keizinan untuk dia mengambil anggota badan kau."


Cerita itu mula tersebar di kalangan orang-orang yang tinggal berdekatan di situ. Menyebabkan, tiada sesiapa yang mempercayainya. Kata mereka, itu hanya cerita biasa yang di reka oleh orang-orang supaya tidak kelihatan kosong.


Manusia tetap manusia.
Tiada saorang pun yang mahu percaya. Sehingga ada orang yang sombong dan bongkak ingin membuktikan bahawa cerita itu tidak benar. Mereka melanggar peringatan tersebut.


Hingga akhirnya cerita yang mereka bilang di reka ini mengambil nyawa, baru lah mereka mahu mempercayai kebenaran cerita itu.


Manusia memang bodoh.


Hal macam tu, buat apa di percaya?


Dah sah-sah orang sengaja mereka cerita.


Heh.
Media, dan informasi yang mereka dengar dari telivision, tidak menutup kemungkinan yang akan ada satu cerita yang tak benar. Media mahukan duit. Cara media mahukan duit adalah sangat senang. Mereka hanya perlu mereka cerita yang menakutkan dan orang akan setia mendengar dan menonton cerita yang di siarkan oleh mereka.


Dan manusia.
Seperti yang aku cakap tadi.
Manusia memang bodoh.
Manusia dengan mudahnya mempercayai semua kelentong dari pihak media. Aku benci hal tu. Aku benci media. Aku benci manusia.


Andai sahaja...
Ada satu lagi orang bodoh yang meragui informasi dan berani menceroboh tempat ini, pasti aku dah berada di tempat baru ku sekarang ini.



Aku hanya perlukan satu tangan kanan.
Hanya itu sahaja.

3 comments:

  1. Orang zamn sekarang ni kalau reka cerita memang takda langsung moral story. macam takda kerja jea.. tapi orang zamn dulu2 kalau reka cerita, ada moral story.

    contoh, tak boleh duduk atas bantal nanti naik bisul. Tapi sebnarnya, bantal kan tempat kita letak kepala. so, its not good lah kalau kita duduk atas tu.
    satu lagi orang tua2 marah kalau meniarap tapi angkat kedua2 kaki. berayun2. katanya nanti ibu bapa mati. tapi sebnarnya benda tak eloklah kita nampak. takkan seksi n seksa? hik3..

    Ying dah sihat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun tiada moral, at least tak mereka 'fitnah' untuk memfitnah org lain. Biar cerita tiada moral, drpd cerita yg memfitnah org. Tak gitew? Mmg tiada kerja. Tapi lebih baik dripada ada kerja spt memfitnah org. Tak gitew? Org zaman skrg dgn dulu mmg berbeza. Usah dibandingkan. Buang tenaga, buang masa, bikin kepala sendiri lelah. Org reka cerita tanpa moral mungkin hanya untuk mengekspreskan idea dan mahu bergembira? Penat juga nak stay nerd dan tinggal di bawah tempurung lama-lama. Org reka cerita dengan moral mungkin mereka nak menyampaikan sesuatu? Penat juga mereka nak simpan sesuatu yg mereka tahu, tapi tak di kongsikan kpd semua. Tak gitew?

      Alhamdulillah. Tuhan masih syg dgn saya(walaupun manusia benci). Tuhan dah menyembuhkan saya selepas dia mengampunkan dosa kecil saya(menurunkan sakit).

      Delete

Ruangan ini akan menunjukkan samaada awak bijak, atau sebaliknya.