Monday 1 September 2014

#BukanSeptemberWish






"Kau nak lelaki yang macam mana?" soal alter-ego aku.


Sunyi.
Selain daripada melodi lagu 505 daripada kump. Arctic Monkeys yang berkumandang di ruang udara, semuanya sunyi.
Siling aku renung, badan terbaring di atas tilam empuk, kaki kanan disilang di atas peha kiri, kepala dipangku dan beralaskan kedua-dua tapak tangan sendiri, dahi berkerut pening memikirkan jawapan. Senyum tidak. Soalan mudah, tapi sangat membunuh minda bila aku cuba untuk memikirkan jawapan yang paling sesuai.




Pejam mata.
Perlahan-lahan minda kembali menerjah ke masa lampau. Teringat sesuatu. Dulu, orang cakap aku gatal sebab muda-muda lagi dah ada impian nak berkeluarga besar dan hidup bahagia. Dan seringkali aku bertanya, salah kah impian aku tu? Salahkah kalau aku nak bermimpi? Salahkah aku nak hidup bahagia? Tapi aku tak peduli. Hak bermimpi, hak aku. Haktui. Dulu, bila aku bertanya soalan yang sama kepada diri aku sendiri, aku akan jawab, "Aku nak lelaki yang boleh buat aku gelak sepanjang masa."




Tapi sekarang aku dah besar. Aku mula sedar, aku tak boleh gelak sentiasa. Life is not always easy as we want. Perkara yang menyenangkan hati tak akan sentiasa berlaku, jalan tidak sentiasa lurus. Umur meningkat, taraf mimpi pun harus dinaik-taraf juga. Putera impian harus bertukar dari mimpi ke realiti. Mesti real. Nenek, makcik, jiran, orang sekeliling selalu pesan, cari lelaki yang bekerjaya, cari yang mampu beri kau makan, punya kereta besar, rumah besar, kelak hidup akan bahagia.




Tak tahu lah, kenapa aku rasa semua itu tak penting. Sebagai manusia, pandangan dan cadangan dari orang lain harus dipertimbangkan juga. Jangan pentingkan diri. Ya, jangan pentingkan diri sampai diri sendiri pusing. Selalu juga aku ajukan soalan yang berkaitan kepada mak aku.
"Mak, macam mana nak cari laki? Yang betul-betul laki." (sila gelak)
Mak aku jenis yang biasa, macam aku. Tak pandang duit. Yang penting, happy. Kalau boleh, cari lah ustaz. Selalu mak aku cakap, kalau aku dah ada anak nanti, dia nak hanto anak-anak aku ke sekolah agama. Tak kisah lah, se-mat-saleh-mana pun nama yang bakal aku bagi kat bakal anak aku nanti, dia nak hanto jugak. Sukahati emok lerrrr......nak buat apa.




Tapi sekarang ni aku mesti kembali ke realiti. Aku mesti dapatkan jawapan yang logik dari diri sendiri. Lupakan putera impian, fikirkan lelaki yang wujud dalam dimensi realiti. Tapi, realiti bagi aku penuh dengan tahi.. Menyakitkan hati. Tapi aku mesti. Takkan aku nak stay dengan kawan imaginasi? Kau nak bermimpi sampai mati? Taknak tunaikan impian jadi realiti? Tak nak jadi berani? Sengaja menganiayai diri sendiri.




Hm, melihatkan perangai lelaki zaman sekarang, rasanya lebih afdal kalau aku stay single. Selalu jugak aku bagitahu mak aku,
"Mak, taknak kahwin la."
Mula la mak aku ingatkan aku. Kalau aku tak kahwin, macam mana aku nak ada anak? Kalau tak ada anak, siapa nak jaga aku bila dah tua? Aku selalu jawab, rumah kebajikan kan ada? Mak aku selalu tanya balik, kenapa nak sangat pergi situ bila dah tua? Nanti jangan kesiankan diri sendiri. Aku selalu jawab balik, "itu pun kalau umur panjang." Sebab tu lah orang nak berubah, nak buat ibadah banyak-banyak. Lepastu tunggu mati je. Senang. Kat akhirat nanti jumpa lah pasangan hidup.




Mak aku berhenti bercakap. Dah kehabisan ayat, atau dah penat melayan kerenah aku, aku tak pasti. Maaf mak, sebab dapat anak macam ni. Yang difikirnya, asyik mati, mati, mati. Bangun, mati. Tidur, mati. Berjaga, mati. Siang malam pagi petang, mati.




"Lagi sekali, kau nak lelaki yang macam mana?" - alter ego.




Aku jarang fikir pasal laki. Memandangkan engko memaksa, aku jawab jugak. Sekarang ni, manusia yang tidak serupa manusia bersepah di luar sana. Yang baik tidak semestinya baik, yang jahat memang dah terbukti jahat. Tapi, mereka masih sibuk mengejar kesempurnaan. Sibuk mengejar kesempurnaan sampai terlupa untuk jadi manusia biasa. Jadi, buat masa ni, aku akan jawab, aku nak lelaki yang serupa manusia. Yang tahu dan mengenal manusia tu apa, dan tahu bagaimana nak jadi manusia. Tak perlu handsome, tak perlu bijak, tak perlu kaya, tak perlu hantar text sweet-sweet kat Whatsapp, tak perlu amik gambar secara sembunyi lepastu post dalam Instagram dengan caption yang bermadah, tak perlu beli 50 lilin hanya untuk buat surprise. Tak perlu. Yang perlu, jadi manusia. Hanya jadi manusia. Jadi manusia yang tidak sempurna macam aku. Manusia yang dah sedia tahu yang kesempurnaan itu tidak wujud. Manusia yang tahu baik buruk. Dan yang paling penting.. dia kenal apa itu tuhan, apa itu Allah.





Kepada alter-ego, yakni diri sendiri, ini kali terakhir kau dan aku bincang pasal ni.
Jodoh pertemuan dan ajal maut, semuanya di tangan tuhan. Cepat-cepat berubah dan bersedialah.
Usah difikirkan tentang mati dan lelaki. Perkara itu akan berlaku juga nanti.
I hope and wish your life is obstacle free.
Semoga hari anda indah.
Dan anda juga.

4 comments:

  1. "Kau nak lelaki yang macam mana?", soalan ini jgk slalu berlegar dalam minda ku

    ReplyDelete
  2. "Kau nak lelaki yang macam mana?", soalan ini jgk slalu berlegar dalam minda ku

    ReplyDelete
  3. :) cari yg setia pd kamu dan tuhan.

    ReplyDelete
  4. Harap akak berjumpa lelaki sedemikian. Aamiinn ~

    ReplyDelete

Ruangan ini akan menunjukkan samaada awak bijak, atau sebaliknya.