Friday 16 May 2014

Panic attack attacked me.

Khamis, May 15th, 2014.



Kalau kau terer kau baca la entry aku sampai habis. 


Semalam, aku terbangun selepas terdengar bunyi tapak kaki adik aku yang lalu depan bilik aku. Pintu bilik aku terbukak sikit, aku tengok dia berbaju kurung sekolah. Ah, budak pergi sekolah. Sambung tido ah. Sambil-sambil tu aku cuba untuk ingat hari kelmarinya hari apa. Rabu. Okay, harini hari Khamis. Ambik phone, tengok jam, 6:49 a.m. Masih awal. Aku kembali bergulung dalam blanket, cuba untuk tidur balik. Tapi, mata taknak pejam. Dah kenape? Soal aku sendiri. Aku selak sedikit langsir aku ketepi. Mendung. Cuaca sejuk dan tak ada matahari, sangat sesuai untuk sambung membuta. Apa boleh buat, mata nak terbuka je. Aku bingkas bangun. Aku duduk dan pandang kosong ke arah almari yang berada di depan/hujung katil aku. Aku bagi pandangan kosong sebab aku nak hilangkan kemamaian aku, nak stabilkan mental aku, cuba untuk kembali ke realiti, dan cuba untuk ingat balik apekejadah yang aku mimpi sebentar tadi. Kemudian aku mengeliat, badan terasa lembik. Mungkin tulang-temulang aku terlalu longgar akibat melonggarkan tulang-tulang aku yang terasa tegang tadi. Aku bagi pandangan kosong lagi. Blanket masih memeluk tubuh aku, aku kembali baring, cuba untuk tidur balik. Aku taknak waste cuaca macam ni, susah nak dapatkan cuaca macam ni kat Malaysia. Macam tadi, attempt fail. Tiba-tiba teringat dengan buku yang baru aku terima dari budak-budak fixi semalam. Semalam aku baca bab 1-3 je. Tak dapat bagi konsentrasi sebab selsema. Buhbee. Aku amik buku tersebut yang berada atas meja sebelah katil aku. Tanpa basuh muka, aku baca buku tu. Baca sikit je dulu. Cuba untuk ingatkan apa yang terjadi pada chapter yang sebelumnya. Tutup buku jap, aku pergi tandas, bersihkan apa yang membuatkan aku tak selesa. Selesai semuanya, aku pergi dapur. Aku tengok mak yang sedang sedap mengunyah sarapan dan tak ajak aku. Aku tanpa segan silunya ambik tempat duduk, capai makanan, baca bismilah, sumbat.





Selesai makan, mood rajin tiba-tiba muncul dalam diri aku. Aku basuh semua pinggan, lap meja, dan lain-lain. Kucing pulak mengeow-ngeow mintak makanan. Aku mintak maaf dengan kucing-kucing aku, tak ada apa yang dapat aku kasi. Dorang tak reti makan karipap. Sia-sia je kalau aku bagi karipap kalau mereka tak makan. Membazir. Nak kasi whiskas, kucing aku ni low-profile. Rendah diri, tak reti makan makanan moden. Aku gosok-gosokan kepala mereka sekor-sekor, mintak maaf lagi, dan masuk semula ke dalam rumah. Aku naik atas, masuk dalam bilik aku, hempas badan atas katil, selimutkan bahagian bawah badan aku, ambik buku, sambung baca. Aku malas nak selak langsir, aku tak suka cerah. Aku tak dapat bertenang bila keadaan cerah. Kepala aku pening, badan aku rimas. Heh. Buku yang tengah dibaca pulak memang tengah bermain-main dengan kewarasan mental aku. Lepasni atau besok lusa aku akan buat reviu pasal buku tu. Sesak nafas jugak aku dibuatnya. Sedang aku kusyuk baca buku, tiba-tiba mak datang, dia tanya aku jadi ke tidak ikut dia pergi jumpa doktor, aku jawab "jadi". Tapi otak dan hati kata malas. Masih malas nak berjumpa dengan manusia walaupun dah dekat 2 minggu aku kuarantinkan diri aku daripada dunia luar. Masa aku baca buku tu, fikiran aku meleset ke tepi sikit. Nak ikut mak ke tidak? Bosan jugak kalau duduk kat rumah je. Tapi malas pulak aku nak keluar. Aku nak keluar, tapi malas. Nak stay home, bosan pulak. Lama juga aku nak buat kata putus. Otak sedang berperang dengan hati. Aku kalau dalam membuat keputusan, aku tak main-main. Aku akan fikir masak-masak. Kadang dah rentung,  tapi still tak dapat keputusan yang aku betul-betul nak. Apa yang aku akan dapat, berbaloi ke, membazir ke, buang masa ke, that's just me. Fikir sedalam-dalam yang mungkin. Tapi aku sucks dalam membuat keputusan. Macam biasa, aku ambik jawapan yang selamat, aku memilih NO. Selamat ke tidak, I don't know. Malas nak tengok manusia yang bermacam karenah. Tak kuasa aku nak layan. Bila mak lalu depan pintu bilik aku, aku setengah menjerit cakap, aku tak jadi ikut. Bukan menjerit mengherdik atau apa, aku menjerit manja. Meow. Gila kau aku nak mengherdik dgn mak aku sendiri tanpa sebab? Derhaka woi.





Okay, aku nak fokus baca buku. Nak tahu apa lagi yang akan menghantui Maya. Malangnya, aku tak dapat bagi konsentrasi yang baik. perut aku lapar. Minta diisi lagi. Aku biarkan, malas mahu melayan. Perut aku merebel, makin sakit pulak dia. Dengan malasnya, aku bangkit dari katil, suakkan rambut aku yang panjang nak mampus kebelakang, menapak keluar dari bilik, turun anak tangga, masuk dapur, tarik kerusi, buka tudung saji, duduk atas kerusi, capai makanan, sumbat. Tapi sikit je, aku taknak makan banyak. Selera tak ada. Aku naik atas balik, Masuk bilik, hempas badan atas katil, bukak buku, sambung baca. Dari pukul 10 a.m. sampai pukul 2-3 p.m. Perut aku buat hal lagi. Menyampah. Sekali lagi, dengan malasnya, aku bangun, keluar dari bilik, turun anak tangga, masuk dapur, capai periuk, amik mee segera, masak. Mee segera je yang paling rajin aku buat masatu. Siap. Makan makan makan, naik atas lagi. Sambung baca buku. Pukul 5 petang macam tu, sedang aku sedap-sedap baca buku, tiba-tiba aku terdengar bunyi bingit. Aku terkejut gila babi. Aku menjenguk dari luar tingkap. Nak tengok what the hell is going on. Sudah. Abang-abang penghalau nyamuk dengan mesin dia. Aku tak suka. 2 perkara yang aku tak suka pasal mereka ni. 1) Asap nanti berkepul-kepul masuk ke dalam rumah aku. 2) Bunyi enjin mesin dorang. Bingit. Aku tutup tingkap bilik, ambik tuala kecik, selimutkan seluruh badan aku, aku tutup hidung aku dengan tuala kecil, aku tutup telinga. Aku taknak hidu bau asap mesin penghalau nyamuk tu. Bau macam exzos moto-moto mat rempit yang mungkin akan mengotorkan paru-paru aku. Yes, aku takut dgn bunyi enjin penghalau nyamuk tu. Macam bunyi hari kiamat. Selain tu, bunyi tu macam bunyi mesin chainsaw yang digunakan untuk memotong leher orang dalam video-video gore. Aku terus bygkan akan ada seorang laki masuk dalam bilik aku dengan chainsaw dia, then potong leher aku. Aku takut, panic, gelabah gila babi. Berdoa banyak-banyak dengan tuhan. Aku tak dapat control bayangan aku. Aku mmg gila sikit.






But then, mereka selesai. Bunyi mesin penghalau nyamuk tu pun dah tak ada. Aku pun dapat lah kembali tenang. Tu pun tak berapa nak tenang dengan asap yang berkepul-kepul masuk and masih berkeliaran di udara. Aku tunggu asap-asap tu redha sikit. Okay, dah redha. Aku capai buku yang aku campak kat tepi aku tadi, aku sambung baca. Lagi berapa page, buku ni akan habis. Belek-belek-belek, buku pun selesai. Awesome. Aku bagi 4 bintang dgn buku tu. And then, baru aku capai phone untuk check wicet(WeChat), Twitter and tujelah. Facebook, Ig tak berapa sangat. Aku mmg jarang pegang phone. Kau? Then aku campak phone kat tepi lagi. Aku bukak laptop, check blog. Saja nak tengok kalau-kalau ada orang yang dtg singgah kat tepi tu. Lepastu bukak Twitter. Baca tweets yang di tweet, RT dan diquote oleh follower-follower aku. Klise. Asyik-asyik muka yang sama je merana pasal cinta. Dah tahu cinta tu menyakitkan, yang kau pergi jugak bercinta tu dah kenapa? Lepastu salahkan orang yang takda hubungan sah sebab tak balas SMS la, wasap la, wicet la tak angkat call la. Macam-macam. Aku membebel dalam hati. Tak kurangnya juga, tweets sindiran. Tweet kegemaran aku. Tapi masatu aku tak dapat nak layankan tweet macam tu. Mungkin aku masih terkejut dengan mesin penghalau nyamuk petang tadi.






Sambil menjerit lame dan membuat bentuk 'L' dengan ibu jari & jari telunjuk aku, aku tutup laptop. Nothing interesting. Aku baring, capai phone balik, update status wicet, hantar pesanan dgn mak suruh beli something, campak balik phone dan termenung. Kalini aku tak termenung kosong macam pagi tadi. Macam-macam yang aku fikirkan. Fikirkan masa depan, imbas kenangan lalu, ingat mak, bapak, adik beradik, tentang penyakit yang tak henti-henti menyerang mak aku, pasal pakcik aku yang tak habis-habis panggil aku pemalas and ejek keluarga orang lain tapi tak sedar diri yang gaji bini dia lebih besar daripada gaji dia, fikir pasal 7 jenis mental disorders yang tengah aku alami, membayangkan macam mana kehidupan dan perasaan aku tanpa mak, mesti kucar-kacir, fikir tentang orang melayu sekarang ni suka sangat judge melayu yang lain, berlumba-lumba nak jadi tuhan, suka comparing, perempuan bertudung dan freehair lah mangsanya, tak ikhlas, memilih, munafik, hipokrit, aku fikir macam mana nak keluar dari Malaysia, macam mana aku dalam masa 10 tahun yang akan datang, masih hidup ke tidak, kawen ke tidak, sape laki aku? Macam mana rupa anak aku? Dalam masa yang sama aku berharap yang laki aku mat saleh(haha), aku kecewa dengan lelaki melayu zaman sekarang. Menyampah. Tiba-tiba, perut aku berbunyi. LAGI. Aku biarkan. Tiba-tiba teringat yang aku tak minum langsung lepas minum air lepas pukul 7 pagi tadi. Aku memang macam ni kebelakangan ni. Jarang sangat minum air. Lagi-lagi lepas makan. Aku ambik phone, tengok jam. 8:37 p.m. Dalam hati merungut sikit dan tanya kenapa mak lambat sangat. Perut dah lapar, tekak dah haus. Aku nak minum air yang aku pesan tadi.





Tak lama lepastu, aku dengar bunyi enjin kereta diluar rumah. Kereta mak! Aku happy! Aku turun bawah, bukak pintu. Lepas mak parkir kereta dan matikan enjin, aku menuju keluar. "Ada barang yang perlu dibawa?" Soalan biasa yang aku tanya bila mak aku baru balik dari tempat yang ditujunya. Office ke, shopping ke, appointment doktor ke, ziarah atuk ke, mak aku akan beli something. Aku sambut beg plastik yang dihulur oleh mak. Aku check-check dalam plastik, barang-barang yang aku order semuanya ada. Aku pergi masuk dapur, susunkan barang-barang yang ada dalam plastik ke tempat yg seharusnya mereka berada. Last sekali, aku amik cangkir kaca, tuangkan air yang aku nanti-nantikan sedari tadi, minum, lega. Cukuplah. Tak payah makan. Aku sekarang suka sangat membiarkan perut kosong. Suka dengar bunyi perut berkerok. Aku tahu kenapa sebenarnya. Aku mengalami eating disorder. Kalau dalam bahasa malaysianya, gangguan makanan. Kau google la sendiri.






Aku naik atas, masuk bilik, tutup pintu, tutup lampu, baring. Tapi tak senang pulak aku baring. Aku duduk, sandarkan belakang aku ke dinding, macam gambar tengkorak kat atas tu. Aku rasakan deguban jantung aku sendiri. Laju. Nafas aku tercungap-cungap, tangan aku terketar-ketar sikit, perut sakit, nak muntah, berpeluh, semua aku rasa. Aku baring, cuba untuk hilangkan semuanya. Gagal. Aku bangun, pergi ke bilik mak aku, mundar-mandir macam orang tengah risau. Memang aku tengah risau. Risau tentang apa, aku tak pasti. Bukan tak pasti, aku tak tahu langsung. Aku tak tahu kenapa aku kebingungan. Mak tanya kenapa, aku jawab spt biasa, takde pape. Mungkin kena serangan panik kut. Mak aku tak faham sangat dengan penyakit ni. Aku pun malas nak explain banyak-banyak. Taknak dia risau. Aku keluar dari bilik mak, kembali ke bilik aku, cuba untuk tenangkan diri. Reda sikit. Sikit je. Sikit. Aku tengok adik aku asyik naik turun naik turun ulang-alik ke bilik dia. Aku tanya kenapa? Bosan jawabnya. Adik aku yang sorang tu memang tak suka tengok tv sorang-sorang. Dia jenis yang suka berkumpul ramai-ramai, bergurau, & bercerita. Berbeza dgn aku. Adik aku pergi ke ruang tamu. Layan cerita hagemaru yang mengarut tu. Aku pergilah temankan dia. Lagipun aku dah lama tak tengok TV. Aku jarang tengok TV. Sangat jarang. Tak berminat. Dalam sebulan mungkin sekali dua je. Kau? Aku lebih sukakan dunia yang aku buat sendiri. Senyap je adik aku tengok TV harini? Selalunya potpet potpet pasal sekolah dia, cikgu dia, best friend dia yang laki tu, apa dia buat petang tadi, selagi ada benda yang dia nak cerita, dia akan cerita. Walaupun aku kdg-kdg diam je mcm tak kasi respon, dia tetap ceritakan jugak. Degil. Aku layankan jelah. Habis cerita mengarut tu, dia pergi tandas. Lepastu pergi bilik tidur, nak tidur katanya. Sempat lagi aku kacau dia. Aku cakap tadi aku nampak lembaga putih kat depan pintu bilik aku. Dia suka tarik kaki aku. Aku suruh dia jaga-jaga. Lintang pukang adik aku berlari. Hahaha. Kelakar aku tengok dia yang penakut nauzubilah. Aku pulak tak dapat tidur. Masih gelisah. Aku capai remote astro, tekan punat remote, tengok info channel 1 demi 1. Bosan. Taik. Tengok info astro DIVA 702, show Jeanie Mai, my women crush. How Do I Look season ke berapa, aku tak pasti. Tapi macam season lama, tukar chanel sebelah. Sebelah lagi. 637, Phineas & Ferb. Tukar audio ke Bahasa Inggeris. Aku suka orginality. Aku suka dgr suara Candace aka Ashley Tisdale menjerit. Iklan. Tertekan 702, ternampak Jeanie Mai yang cun. Aku terus lekat kat situ.






Aku tengok perangai mereka yang cuba untuk mengubah dan buang personaliti & keoriginalitian seseorang. Tekan info, next: Law And Order SVU, my fav show. Aku chop Olivia Benson. Tentang bakal datuk bandar yang licik. Memang. Politik semuanya taik. Eh, tetiba emo. Tengah syok-syok layan drama, perut berkerok sekali lagi. Lapar. Aku taknak makan. Hari dah lewat. Malas aku nak turun bawah. Tapi aku belum gosok gigi. Takpe lah. Tapi perut memberontak semakin kuat. Nak taknak terpaksa la aku bangun. Aku pergi dapur. Aku cari snek yang senang dimakan, bite size, tak perlu masak. Jumpa! Rice ape eh nama dia? Aku tak ingat. Ohya! Rice cracker nama dia. Roti beras. Okay la tu untuk alas perut. Aku amik, bukakan bungkusan, sumbat. Kaki pergi ke tempat letak cawan, aku amik satu cawan, letak atas meja makan, amik air coke, tuang. Kunyah kunyah kunyah, telan. Then minum. Duduk jap. Termenung. Lagi, macam-macam benda yang aku fikirkan. Lepastu masuk jamban. Gosok gigi, malas nak cuci muka. Naik atas, tutup tv apa semua, naik atas katil, baring. Tiba-tiba je jantung aku yang dari tadi tak tenang berdegub makin laju. Macam baru kena kejar. Aku sesak nafas, sakit perut, panik, menggigil.





Hati aku pulak, blur macam selalu. Aku tak pasti dan tak dapat teka perasaan sendiri. Sedih, kosong, marah, menyampah, benci, sakit hati, rindu, menyesal, semua aku rasa. Aku ambik earphone, pasang lagu dalam volume sederhana rendah. Aku tak suka dengar lagu kuat-kuat, nanti kepala & hati aku yang kusut tu bertambah kusut. Aku pasang lagu yang boleh menidurkan aku. Tak berjaya, jantung berdegup makin laju. Aku capai phone, bukak wicet, send text dgn Bon aka Ayien, the only one who's understand me and knows semua penyakit aku. Kalau aku ada masalah, dia la tempat aku mengadu kot. Harap gf dia tak marah. Kami berdua dah mcm bestfriend kot. Aku harap dia balas. Aku nak bagitau yang aku tengah gelabah gila babi tiba-tiba, seharian kena panic attack, kebingungan, risau tak henti-henti. Lama aku tunggu. 11 minit later, dia balas. Aku tanya keadaan dia dulu, aku ganggu dia ke tak. Nampak macam menganggu, aku minta maaf, kembali menenangkan diri. Aku tak rasa yang lagu-lagu yang aku tengah dengar tu dapat membantu. Aku tekan button stop. Earphone ditanggalkan. Aku tarik nafas dalam-dalam, cuba untuk mengucap. Aku teringat dengan pesan nenek aku. Masa aku kecik-kecik dulu, sebelum tidur aku selalu sesak nafas. Aku memang ada masalah nak tidur sejak dari kecik. Nenek aku suruh aku mengucap banyak-banyak, and baca surah Al-fatihah dan yang lain-lain. Aku buat apa yang nenek aku pesan 6 tahun yang lalu. Aku tenangkan diri, aku baca surah Al-Fatihah. Berulang kali aku baca, baru aku dapat tenang sikit. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Aku mintak ampun banyak-banyak dengan tuhan. Aku mintak supaya dosa mak, bapak, adik beradik nenek dan atok aku pun diampunkan sekali.





Aku pujuk diri aku untuk tidur. "Please.. go to sleep, close your eyes, free your mind" Aku memang speaking dengan diri aku sendiri. Ko diam. Masih, tak dapat tidur. Aku ambik buku diari/note aku, aku catatkan apa yang terlintas difikiran aku, lukis tu, lukis ni, lama jugak aku spend time dgn buku tu. Baru keresahan aku hilang. Aku cepat-cepat pergi tidur. Takut kena serang panik balik.





Now, kau dah tahu macam mana kehidupan orang yang menghidap severe depression, eating disorder, OCD dan anxiety panic. Yang tu baru 4 penyakit berlaku serentak, belum lagi aku cerita macam mana keadaan aku bila bipolar, anxiety, OCD, ADHD, social phobia, eating disorder dan depression berlaku serentak. This is my life. Aku selalu menenangkan diri aku. Everyday. Yes, macam berperang. This is why aku lebih suka sorang-sorang. Kalau aku ada kawan, boyfriend, mati aku nak jaga hati depa. Hati aku sendiri lagi susah aku nak jaga. Aku harap korang okay je lah ye. Bye, semoga hari anda indah!

5 comments:

  1. Firstly, aku terer sebab aku baca sampai habis. hehe sebab sy sgt bminat with mental health. and I was thinking how was ur day with that 7 mental disorder..I cant even imagine that. But, mcm mana kmu cnfirmkan kmu ada semua tu? I mean, kmu ada pg jumpa mna2 psikologi dh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually, those 7 mental illnesses semua dibawah satu bumbung. Dan bumbung itu ialah depression. I dah jumpa dengan psikologi. I'm on treatment and counselling. Ubat berlambak.

      Delete
  2. Kunci pada semua tu adalah menangis. Bukan menangis melalak. Cukup utk penyesalan diri. Menagis bukan krana lemah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah yg aku buat selalu. Orang mana tahu. Yg mereka tahu hanya buat-buat tahu.

      Delete
    2. eh, tercakap 'aku' pulak. Maaf. Haha.

      Delete

Ruangan ini akan menunjukkan samaada awak bijak, atau sebaliknya.