Wednesday 20 March 2013

Lelaki pun ada jugak yang murahan.

Betul. Benda ini tersangatlah betul. Ingat perempuan je ke ada yang murahan? Mentang-mentang lah ayat "perempuan murahan" ni selalu didengar kan, lelaki yang jenis murahan pulak dilupakan. Lelaki pun ade tau. Kesian mereka dilupakan. Takpe, aku sentiasa setkan di dalam otak aku bahawa lelaki ada juga yang murahan. Lately ni, aku asyik tengok mamat mcm ni dekat TL twitter aku. Bukan twitter je. Kat homepage Facebook, Marshable, Ask.Fm, and ape lagi eh? Hmm ntah la. Bernanah bijik mata aku ni tengok dorang. Nak buat macam mana? Sapa suruh aku approve dorang kan? Padan muka aku.




Tu belum lagi termasuk dengan dunia sebenar. Aku tak suka tengok mamat-mamat dayus mcm ni. Seriously. Ikut suka mak bapak dia je nak panggil perempuan tu sundal la, pelacur la, bitch la, slut la ape ke bende lagi ntah. Cakap yang perempuan ni semua nya sama la. Cakap yg perempuan ni pantang nampak jantan berduit la. Nampak je mamat kaya, terus caras. Nampak je hotstuff even hotstuff tu ade kudis, terus ngurat. Nampak je mamat handsome, terus mengangkang. Ish, macam mana kau didik otak kau ni? Hoi, meh sini aku nak bagitahu something. Tak semua perempuan seperti itu. Kalau kau tak reti pilih perempuan, kau jangan lah nak salahkan semua perempuan kat dunia ni yang langsung tak ada kena mengena dengan kau. Kau dah cakap semua perempuan tadikan? Mak kau? Jantina mak kau ape ye? Half gigirl and half boboy? Maaf makcik, saya bergurau je dengan anak makcik. Biadap sangat ni.





Tak kesah la secibai mana pun perangai perempuan tu, kau tak payah la nak panggil dia pelacur. Kesian dia. Mana lubang perut kau? Dia tak melacur, tapi kau cakap dia tu pelacur. Macam mana kalau aku cakap, kau rogol cikgu kau padahal kau tak rogol dia? Tapi kau ponteng tiap-tiap hari, tak siap kerja rumah and tak dgr ckp dia? Apa kau rasa? Tak adil kan? Macam yang aku ckp tadi, tak kisah la secibai atau setaik mana pun perangai perempuan tersebut(tak kisah la perempuan ke jantan ke), kau jangan lah nak paggil dia dengan benda yang tak sepatutnya, which is something yg dia tak pernah buat. At least, kau as a jantan(yg dayus), respect la perempuan tu, even sikit. Respect her as a women. Tak macho kalau jantan menyumpah seranah seseorang perempuan. Eventhough perempuan tu perangai tak elok or what, but believe me, bila jantan menyumpah dorg, pukul-pukul dorg, lantak kau je nak buat ape dgn dorg, you looks even worse than trash.





Ni lagi satu. Masih lagi topik sumpah seranah. Tahu lah diri tu dah famous, tapi tak payah la nak gunakan ke-populariti-an kau tu untuk tweet/post status menyumpah seranah orang. Lagi lagi kalau kau (jantan) yang menyumpah seranah perempuan mcm I. Kau memang suka jatuhkan maruah org ke? Kau tahu tak setiap perbuatan ada pembalasannya? Lagi2 perbuatan jahat mcm hang ni. Zaman sekarang ni Allah bayar cash. Kau tahu kan? Tak payah nak tunggu kau mati. Sekarang ni pun dia boleh balas. Aku tak rasa kau tak tahu. Aku tahu kau tahu tapi tu lah. Kau dah jadi 'sedikit' buta disebabkan "kemashyuran" yang tak akan bawak kau ke mana-mana. Mungkin itu yg membuatkan kau jadi dayus. Adoi, nampaknya tahun ni, jumlah lelaki-lelaki yang dayus meningkatlah nampaknya. Aku tahu, kau rasa teruja bila orang RT dan balas tweet kau dan setuju dengan statement kau yang suka menyumpah seranah orang. Kau rasa mereka seolah-olah menyokong kau. Tapi agak sayang di situ, kau ambik kesempatan tersebut untuk menyumpah perempuan tu. Kau bukak semua kesalahan and keburukan perempuan tu walaupun kau tak pasti lagi akan kebenarannya. Untuk apa agaknya? Oh, nak balas dendam. Kau nak rasa puas bila orang bersetuju dgn kau saat kau panggil dia 'bitch' dan tuduh dia yang bukan-bukan. Adik, in this world, takdo yang perfect nyo. Kau cerita benda yg tak elok pasal perempuan tu mcm lah kau tu bagus sangat. Kau terlupa yang diri kau tu ada kekurangannya jugak.





Sebelum nak cari taik kat kain org, taik kat kain diri sendiri haruslah di check terlebih dahulu. Macam kau bawak kereta, kalau kau dah ada lesen kereta lah. Sebelum nak memulakan perjalan yang panjang, kondisi kereta harus dicheck berkali-kali. Tayar mesti diisi dgn tekanan angin yg betul, check air battery, enjin, cermin kereta, side mirror, pintu, meter, even stereng kereta pun kau mesti check sebab benda tu lah yang paling penting. Tanpa stereng, kau tak akan dpt menuju ke destinasi yang kau nak pergi. Kau mungkin fikir yang stereng itu sentiasa berada di dalam keadaan yang baik sebab belum pernah ada lagi kes yang tercabut stereng kereta semasa bawak kereta. Tapi, kau tak tahu yang perkara-perkara tersebut boleh terjadi dengan kuasa Allah. Dah kenapa aku cerita pasal kereta dan destinasi kau ni? Moving on. Bawak-bawak lah bertaubat. Sekarang ni, mungkin kau suka hati, senang-lenang, dan ketawa terbahak-bahak sampai terkeluar anak tekak sbb perbuatan kau tu, tapi, bila Allah dah memulakan langkah untuk melaksanakan rancangan-Nya untuk membalas perbuatan kau, kau di dalam kondisi 'naya'. Memandangkan kau ni jenis yang pentingkan imej di alam maya, aku nak cakap something. Dulu kau ketawa, lepastu kau sakit hati. Orang-orang yang dulunya suka  dengan tweet-tweet kau, sokong tweet-tweet kau yang suka menjatuhkan orang yang tidak bersalah, kini tidak lagi. Follower kau yg beribu2 tu jadi berbelas2 je. Ha, kau nak? Belajar je lah dulu. Lepastu cari kerja. Sara hidup awek kau tu nanti. Tu pun kalau kau bertahan sampai ke jinjang pelamin. Tak payah la nak bermegah dgn account twitter/fb kau yang belum tentu dapat bertahan lama tu. Famous dalam alam maya tak ke mana-mana pun.




Apa lagi aku nak membebel ni ye? Aku ni bukan nya rajin sangat nak menyumpah seranah hidup org ni. Aku tak ambik kesah sebenarnya pasal hidup orang lain. Aku sibok dgn hidup aku je evendo aku lifeless. Lifeless mcm mana sekalipun, buat ape kita nak menyebok dgn kehidupan org kan? Tapi, di dalam kes ni, memandangkan dah ada yang 'mengambil berat' dgn kehidupan aku walaupun dengan cara yang salah, aku harus lah 'mengambil-berat' balik kehidupan dia. Kesian orang dah penat-penat care pasal kita, kita tak balas. Tak manis ui.





Orang ramai cakap, kalau kita terbesin atau terbatuk, mesti ada orang yang sebut-sebut nama kita yang tak berapa nak syok untuk disebut itu. Tapi kan kan, masa aku bermain-main dengan webcam aku, secara tiba-tiba pulak tekak aku gatal. Lepastu, aku rasa nak batuk. Masa aku nak batuk, tiba-tiba aku terbesin. Anjakan paradigma kah ini?! Mungkin tidak. Jadi, persoalan yang sebenarnya ialah.. Ada orang cerita pasal aku ke? Mana lah tahu kan ada orang tu pergi ckp kat awek dia yang aku ni duk kutuk-kutuk boyfriend dia kat blog? Heh, adoi.





Entry kelihatan kurang matang sebab aku bergaduh dengan orang kurang matang. Ye, budak-budak lagi dia tu. Ala takpe, budak-budak tu la cute kan? Meow.

No comments:

Post a Comment

Ruangan ini akan menunjukkan samaada awak bijak, atau sebaliknya.