Wednesday, 4 June 2014

Takut #1 - Losing Bestfriend

I've been trough A LOT. Lost a lot along the way. Confidence, peace of mind, my life, my self, my courage, and friendships too. However, God is Great. Walaupun hati aku betul-betul dah hancur luluh, walaupun kaki aku betul-betul dah tak mampu nak berdiri tegak lagi, diberiNya aku sedikit kekuatan dalam diri dan hati ini, walaupun dua-tiga hari ni aku rasa kekuatan itu seakan-akan hilang dan bakal fade away. Bila aku di ajukan soalan mengenai benda yang paling ditakuti aku dalam dunia ni, dalam banyak-banyak benda yang aku takut kat dunia ni, ada dua perkara yang terlintas laju di fikiran aku.





1. Friendship.
2. Relationship.




Since kecik, aku ialah spesis yang susah nak berkawan dengan manusia. I literally do everything by myself. Pergi sekolah sendiri, pergi kantin sendiri, balik sekolah pun sendiri. Mungkin sebab aku ni dulu selalu pindah sekolah. Setiap kali pindah sekolah, aku akan jadi orang baru. Setiap kali. I was always the awkward new kid. Aku tak dapat bercampur dengan orang. Dan orang pun tak dapat bercampur dengan aku. Salah satu alasan yang pernah aku dengar kenapa mereka tak kawan dengan aku ialah----"Kau suka perhati orang". But, it's okay. Aku malas nak sembang banyak pasal ni. When I was between 9-10 years old, there was one girl named Awin who've had always been smiling and tegur aku. Aku buat macam biasa je. However, kitorang 'sempat' rapat sekejap. Then aku pindah. Masuk sekolah menengah, aku jadi orang baru. Totally a new person. Aku berkenalan dengan tiga orang minah yang kepalanya cukup-cukup sinting. Untuk menyenangkan cerita, aku akan panggil dorang dengan huruf pertama daripada nama panggilan mereka kat sini. S, N & M. Ah!, susah sangat. Aku letak la nama betul dorang. Shila, Nadira & Mar. Aku paling rapat dengan Mar. Kitorang empat selalu cakap benda yang pelik-pelik, ketawa pasal benda yang tahpape, buat benda bodo sama-sama, balik sekolah sama-sama, pergi kantin sama-sama, ponteng solat sama-sama, curi buah kelapa kat belakang sekolah sama-sama, lepastu lari lintang pukang bila kantoi dengan cikgu disiplin sama-sama, mendajjal cikgu sama-sama, kena denda sama-sama, bahan orang sama-sama, kongsi rahsia, kongsi cerita, kongsi makanan semuanya buat sama-sama. Sampai timbul perasaan sayang terhadap talian persahabatan yang aku tak pernah expect akan tercipta dan wujud dalam hidup aku. For the very first time, aku rasa aku kenal siapa aku dan aku mula terima diri aku. Dan semua itu, di sebabkan oleh mereka. Aku tak tahu yang selama ni aku tak berkawan dan bercampur dengan orang lain sebab aku benci diri aku sendiri.






2010. Aku pindah sekolah. I admit, it was all my fault. My new school was horribly suck. I became extremely stressed and I was nearly about to give up with my studies. But then I returned back to my old school and get back together with them bitches. I was so happy to see them again. Bila dorang dapat tahu yang aku akan pindah ke situ balik, dorang cakap dorang akan sambut aku kat depan pintu kelas. Siap nak bentang karpet merah. Pui, sembang. Tak sangka, dorang betul-betul sambut aku kat depan pintu kelas. Cikgu tengah mengajar kat dalam kelas kut? Haha. Dorang melompat terkinja-kinja & peluk aku kuat-kuat depan mak aku. Paling erat yang peluk aku sudah tentu si Mar. Of course aku terharu. Ini first time orang yang bukan family aku layan aku macam ni. And that was my very first time kena peluk. Bila dah masuk ke kelas, Mar sanggup suruh budak kat tepi dia tu duduk kat meja lain sebab nak suruh aku duduk kat tepi dia. Buang tebiat agaknya minah ni. Dah duduk tu, sempat lagi aku tanya. "Mana karpet merah aku?" Dia mintak maaf, kucing dia berak atas karpet merah aku tu. Siot. 2 weeks later, aku mempunyai 'gut' yang mengatakan bahawa kumpulan kami bakal berpecah. Sebab masing-masing mula berubah. Terutama sekali Mar. Dia dah tak macam dulu. Layan aku pun macam nak taknak. Aku terasa dengan sikap dia. Ingin menegur dan tanya kenapa, tapi aku tak nak kelihatan seperti seorang loser di depan dia, walaupun pada hakikatnya, aku memang seorang loser. Aku biarkan dia berperangai macam tu untuk seketika.


Mungkin aku biarkan dia berperangai macam tu terlalu lama, dia pun dah ada kawan baru. Masa ni, kitorang dah berpecah. Yeah, nightmares came true. But aku still stick together dengan Mar. Tapi, bila dia lepak dengan kawan baru dia, aku dibiarkan di belakang. Bila berjalan bertiga, waktu rehat dan pulang, aku sentiasa dibelakang. Mereka berdua seronok bercerita di depan. Aku hanya sekadar mendengar. Mereka gelak, aku pun gelak, walaupun aku tak tahu what the hell are they tengah gelakkan about. Aku pernah cuba untuk menyampuk, tapi mereka hanya meng-iya kan saja. Terus, mereka sambung bercerita. I was fine at first. But then, aku rasa macam, kenapa sial aku kena layan macam ni? Aku dah buat apa? Mungkin mereka tak buang aku, tapi, cara mereka layan aku.. Berbeza. Apa yang menyedihkan, kawan baru dia tu, pernah rapat dengan aku dulu. Apa yang lebih menyedihkan lagi, both of them buang aku. Anggap aku tak wujud. Aku kena friendzoned. Wanna guess siapa kawan baru Mar? Budak yang selalu tegur & senyum kat aku dan 'sempat' rapat dengan aku sewaktu aku berumur 9-10 tahun dulu. Dunia kecil? Oh, memang. Mungkin lebih kecil dari yang kau sangka.






Dia cari aku hanya bila dia ada masalah dengan boyfriend dia. Ataupun semasa dia tengah gaduh dengan 'kawan baru' dia. Aku pulak walaupun tengah marah dan kecewa dengan perbuatan dia, aku layankan saja sebab dia actually masih kawan aku. Aku bagi kata-kata semangat dengan dia, comfort dia and promise everything is going to be fine. Tapi, bila semuanya dah okay, dia buat perangai bangsat dia balik. Aku rasa seperti orang bodoh. I was like a fool sebab tenangkan dia. You don't have any idea macam mana sakit dan geramnya hati aku masatu. Kau tak tahu friendship tu sangat berharga bagi aku. Aku mana pernah ada kawan. Si Mar tu pulak susah nak dijumpa(sebelum aku tahu perangai sebenar dia). Banyak persamaan antara kami berdua sebenarnya. Birthday aku pada 2 March, dia pulak 3 March. Tinggi pun tak jauh beza. Dia pendek 1cm je dari aku. Perangai? Lepas aku berkawan dengan dorang, aku yang kekok dan pendiam bertukar jadi seorang yang lasak, gila, banyak cakap & kelakar(lah jugak. Jangan bash). Dia anak orang kaya, aku ni biasa-biasa ja. Apa yang dia ada, aku tak ada. Apa yang aku ada, dia tak ada. Apa yang dia lebih, aku kurang. Apa yang dia kurang, aku lebih. Disebabkan persamaan dan perbezaan tu lah aku sayang dia dan friendship tu. How funny, benda macam ni pun aku nak ambil kira? Of course. I care and appreciate even it's just a little thing dan 'remeh'.






2011, tahun aku di landa kemurungan yang sangat teruk. Masuk tingkatan empat, kami dah tak sama kelas lagi. Tahu kan? Kita masuk ke kelas baru ikut result PMR. Kau mesti dapat teka perasaan aku, right? Mar? Actually dia pun sedih jugak. According to her text lah. The malam before sekolah, she texted me. She said "walaupun kita dah tak sama kelas, doesn't mean ko dengan aku tak dapat jadi bff lagi. jumpe kat sekolah besok. nanti lepak sama.". Masatu aku rasa happy dan terharu sebab dia cakap macamtu. So aku expect yang kitorang akan jadi macam dulu. Tapi itu lah. Orang selalu pesan, jangan expect tinggi-tinggi, jangan mengharap lebih-lebih. Dia masih macam tu jugak. Dia makin rapat dengan kawan baru dia tu. Aku makin hari makin diam. Kembali jadi diri aku yang lama. Oh, aku lupa nak cakap sesuatu. Awal tahun 2011, aku dapat tawaran daripada sekolah yang lebih baik. Tapi aku mesti tinggal kat asrama. Masatu, aku tak tahu nak buat apa. Aku nak pindah sebab kitorang dah pun berpecah belah. Tapi aku nak stay sebab at least aku 'masih' ada Mar. So, I chose to stay at my old school. I did it for Mar. Look, apa yang Mar buat kat aku? I ignore the opportunity just because of her, and that shitty class? Ya Allah, bodoh nya aku. Orang bodoh macam aku tak patut hidup dan harus di hapuskan secepat mungkin. Jangan dibiarkan hidup lama-lama. Hancur dunia nanti. Kelas baru aku.. sucks. Sangat sucks. Aku tak suka kelas baru aku tu. Dalam kelas tu perempuan semuanya gedik. Lelaki pulak semuanya perasan handsome. Semua berperangai metrosexual. Yang pernah sama kelas dengan aku dulu pun dah macam tak kenal aku lagi. Dorang ni poyo. Poyo yang total. Aku nak 'enjoy'(enjoy macam aku enjoy tahun lepas), bukan nak jadi kerek. Aku duduk sorang-sorang kat depan, tak ada siapa yang temankan. Masatu aku tak suka sorang-sorang. I hated how no one ever talked to me. They treated me like I didn't even exist. Kehilangan kawan masa tu aku rasa lebih teruk daripada kehilangan kekasih. Kalau takde kawan sapa yang akan berada di sisi kau masa kau sedih? Apa yang kau nak buat kalau takde kawan?






April, 2011. Aku dah tak tahan dengan kelas baru aku. Mar pun dah lama tak lepak dengan aku. Disebabkan kesunyian dan "culture shock" yang sedang di alami, aku decided untuk tidak menghadirkan diri di sekolah. Hampir setiap hari aku tak hadir. Aku rimas. Bukan sebab aku tak dapat nak sesuaikan diri aku dengan kelas baru aku tu. Masalahnya, setiap kali aku masuk ke kelas 'pandai', aku mesti kena pulau. Tak habis-habis kena panggil si pelik. Why the heck? Aku pun dah penat dengar semua tu. Naik rimas. Baik aku lari dari semua orang. Jadi, aku duduk di rumah je. Kurung diri dalam bilik. Aku tak tahu kenapa aku menjauhkan diri daripada semua orang. Tapi aku rasa menjauhkan diri itu adalah sesuatu yang mesti, dan aku sangat perlukannya. Segala yang aku rasa hanyalah kekecewaan. Aku bukan setakat kecewa dengan perangai kawan aku tu je. Aku kecewa dengan takdir hidup aku. Kenapa agaknya tuhan buat aku macam ni? Orang kata, ada hikmahnya. Sampai la ni la aku dok tunggu-tunggu hikmah tu datang mai. Inilah yang aku buat bila dah kehilangan kawan.






Poof, aku pindah sekolah. Sebulan lepas pindah, Mar takde text aku. 2 bulan kemudian, baru dia text aku. "Woi, kau mane doh? Rindu kau :(". Aku ni sebenarnya seorang yang mudah termakan dengan kata-kata orang. Jadi, aku reply. Aku cerita everything, from A to Z. Kecuali pasal yang aku kecewa dengan dia. Kau faham-faham la. Aku dah lama tunggu text dari dia. That night, baru aku rasa macam first time kitorang mula-mula kenal dulu. But just for that night. Keesokan harinya, bila aku text dia, dia reply macam nak taknak. I've had enough. Kalau dia text, aku tak akan reply. I won't reply. 2012, aku jadi aku yang dulu. Buat semua dengan diri sendiri. Pergi sekolah sendiri, pergi kantin sendiri, balik sekolah sendiri. As much as possible, I avoid everyone. Tapi, tak tahu la kenapa aku selalu rasa macam "Ini bukan aku.". Satu malam semasa hilangkan diri, aku kalah dengan ego aku. I created one new facebook account dan aku add mereka semua. Shila, Nadira & Mar. Mcm selalu, Mar yang beria-ia sambut aku kat facebook. Nadira dah start focus dengan SPM, jadi dia jarang online. Shila masih dengan perangai slutty dan bitchy dia. Mar macam biasa, pandai balance dan bahagikan waktu. Selalu juga aku tengok dia online. Setiap pagi, dia mesti dan akan tag aku kat post bila dia update status. Sampai satu hari, dia update status, tanpa tag nama aku. Dia post URL blog dia. "Someone used to be close". Tajuk entry. Aku buka, dengan harapan agar nama aku masuk dalam list. Ouch, tak ada. Nama "kawan baru" dia tu ada pulak? Suddenly I realized, aku memang tak penting. Takpe, aku memang dah lama kehilangan Mar pun. Masa tu, aku dah tak kisah. Dia nak buat perangai babi, tahi, I don't give a damn. Minda aku dah setkan yang friendship ini dah berakhir. The friendship just dies. Bagi aku, friendship kitorang dah tamat. But one day, dia betray aku. Dia betul-betul betray aku. Kitorang pernah janji yang kalau satu hari nanti, walaupun kitorang dah tak kawan lagi, kitorang tak akan pecahkan rahsia & stab belakang masing-masing. Well, nampaknya Mar dah tunjuk her true colors. At least dia reveal herself before aku terluka teruk, kan? Poyo tak ayat aku? So, at the end of the story, aku putuskan persahabatan kitorang 'secara rasmi'. Orang yang ubah diri aku dari negatif to positif, dia jugak orang yang ubah aku dari positif to negatif. She picked me up just to bring me down. Walaupun aku dah lama tak berkawan dengan dia, rahsia dia sampai sekarang ni aku simpan.






Until now, aku tak ada bestie. Because I chose to not have any. And I chose to be alone. I still remember the first year(2011) with no friends was so hard and I was literally dying inside. But early 2013, I was like ah! Pergi mampus dengan kawan korang. Pergi ciom bontot mereka! Who needs friends when you can be happy when you are alone? Then here I am. 4 years with no bestie. Kawan biasa pun aku tak ada. I am my own bestfriend. Walaupun kadang aku lebih kepada musuh kepada diri sendiri. Well, mungkin benda ni lah yang aku takutkan sejak dari kecik. I don't want to be hurt by other people. If I was hurt by myself, it'll be fine because.. hey, ko kesah apa? Badan aku. Sukahati aku la. I have right to do what ever on my body. Tak mengape, aku okay tanpa kawan. Aku boleh je simpan masalah aku sendiri. Tapi, aku masih benci dengan Mar. Kau mesti benci kan when they promise you they'll be there for you? And love and accept you for who you are and then suddenly blah dan senang-senang gantikan tempat kau dengan orang lain padahal depan-depan mata dia kau masih disitu dan hidup? Friendship mati, aku tak mati. Tapi hati aku mati. Kepercayaan aku terhadap 'friendship' mati. Sekarang, aku completely jadi diri aku yang dulu. And still. I do everything alone. Bila orang senyum, aku biarkan. Bila orang datang dekat, aku lari jauh. Bila aku fikir balik pasal orang yang dulunya meant everything to me and now mean nothing, aku rasa menyampah dan berasa kurang enak di perut. Terasa ingin muntah! How can everything happened and why things couldn't stay the same I wonder. However, benda ni berlaku dah terlalu lama. Aku rasa aku harus move-on and be a new person. Aku tengah berusaha untuk berubah dan cuba untuk berhenti 'membenci' janji manusia. I am working my sweet asses to that. Don't put too high expectation for me to change earlier, shall us? Trust is not an easy thing to build. Adios, amigos. Semoga hari anda indah!





I know I should just stay in my own world and don't let anybody to come in.
Sekarang, padan muka aku.

17 comments:

  1. Emotional baca entri nih, Ying. T,T .

    ReplyDelete
  2. Tambah lagi, geram pula dengan sikap si Mar tuh, tp takpa lah, benda dah jadi, jadikan pengajaran jgn mudah percayakan orang.. and be strong kay??! :)))) happy Thursday ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know, thank you Cherrie. I will. You such a sweet person :) Happy Thursday too :)

      Delete
  3. jom kawan dgn kita je la ying.. hihihi :D

    ReplyDelete
  4. Visit you back here.. don't you have a cbox? Yes, agree with syazrah tarmin. Let's be friend :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. I do have a cbox :) Yeah, agree with you both. Let's be friend. Hahaha

      Delete
  5. aku rasa macam baca satu cerpen yang penuh jiwa. takpelah ying. it's okay. aku pun tak pernah ade bff sebab aku jenis kawan dengan semua orang and aku suka buat hal sendiri sebab penat tengok kawan2 yang penuh drama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I feel you. Aku pun penat tengok drama-drama manusia sekarang. Naik gila jadinya. Macam-macam karenah.

      Delete
  6. jom ying... hihhi... buat la cbox pulak.... hihihi :D

    ReplyDelete
  7. Salam Isnin, .jln2 blogwalking dan follow blog rkn yg blum sya follow ..:)
    Ying fasih berbahasa mlyu la... ^_^
    follower 97 :)
    http://ssurianahyana.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, kenapa tidak? Well thank you. Already followed you back that day:)

      Delete
  8. we're on the same shoes ;) buat derk je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I am. I just can't get it out of my mind. Hehe

      Delete
  9. Move on and don't look back. :)

    ReplyDelete

Ruangan ini akan menunjukkan samaada awak bijak, atau sebaliknya.