Wednesday 14 November 2012

Kenapa awak samakan perempuan freehair dgn pelacur?

Assalamualaikum *bagi mengelakkan pergaduhan dan saya sebenarnya ikhlas* Hari ni aku rasa bosan dan sangat bosan. Di sebabkan tersangatlah bosan, aku tak tahu nak buat ape. I've got no option. Nak taknak, aku pergilah nyalakan lampu hijau aku pada semua laman social yg aku Sign Up kecuali facebook yang agak (memang) menbosankan itu.




Before, aku ada ternampak someone post satu tweet yang agak menyakitkan hati aku tapi aku tetap senyum. Alah, aku kan baik. Kalau aku marah nanti, dah sama level taik dengan dia lah. Hiks. Tweet insan yang murni tersebut berbunyi seperti ini:





-Kau pakai kasut tinggi, make up tebal, baju ketat and freehair kau ingat lawa lah? Pelacur lagi suci dari kau tahu?!-





First of all, saya menumpang rasa simpati terhadap awak yang sedikit bangang sebab mengatakan seseorang perempuan yang melakukan perkara 'terhina' tu lagi 'suci' dari 'kami' yang hanya menunjukkan rambut dan tidak mendagangkan badan kami dengan sewenang-wenangnya. Awak nak cakap yang melacur tu suci la? Berkenaan dengan tweet tersebut, aku mmg terasa tapi aku tahan. Bukan setakat terasa, aku panas hati. Aku nak balas tweet dia haritu, tapi aku kena twitlimit. Nampak tak di situ? Tuhan dah menunjukkan yang aku ni memang seorang yang malas nak bergaduh. Persoalan yang bermain-main di kepala aku ni ialah, kenapa dia samakan "KAMI" dgn pelacur and WHY dia cakap pelacur lagi suci dari "KAMI"? At least, kami tak jual badan, kami tak memperdagangkan tubuh kami kepada orang yang tidak dikenali sebagaimana semua jenis pelacur kat dunia ni buat. "KAMI" jaga diri 'KAMI". Okay mungkin "KAMI" lalai dalam hal jaga cara pemakaian "KAMI", tapi 'KAMI" reti jaga maruah "KAMI" dan "KAMI" tahu macam mana nak jaga mulut kami. "KAMI" masih ada otak dan akal untuk membezakan yang mana HALAL dan yang mana HARAM.






Dan awak, kalau kerja awak hanya tahu atau memang itu dah kerja awak asyik nak judge & cari kesalahan orang lain, lain kali tegur la dengan cara yang elok, betul dan lembut. Mungkin kami boleh terima. Tak baik tau sama kan "KAMI" dengan pelacur. And jangan pulak awak nak hina pelacur. Mungkin dia takda cara lain nak cari duit. Awak pun bukannya layak sangat nak hina orang lain. Status awak tu sama je dengan kami kat muka bumi ni. Hanya mahkluk tuhan.





Still, aku masih tertanya-tertanya. Kenapa dia samakan "KAMI' dgn pelacur? Why? Mungkin dia tak dapat "MERASA" perempuan yang macam "KAMI" seperti yang dikatakan nya tadi kut? Sebab tu lah dia cakap kami mcm tu. Ha, amacam macha? Sakit hati tak? Kalau awak nak tahu, saya lagi sakit hati bila awak samakan "KAMI" dgn pelacur. Cakap pakai mulut, jangan pakai lutut. Berfikir pakai otak, jangan bongkak. Sekian. 




Kaum melayu memang complicated.





PESANAN IKHLAS : Tiada niat nak sakitkan hati mana-mana pihak. Cuma nak betulkan sedikit kesilapan yang saya nampak. Thanks.

2 comments:

  1. what the heck la tuan punya tweet

    ReplyDelete
  2. "tipikal malay" orang kata , cabar dia kahwin dengan PELACUR, sanggup kah??

    ReplyDelete

Ruangan ini akan menunjukkan samaada awak bijak, atau sebaliknya.