Saturday 17 November 2012

Her last Doa Qunut. She's gone.

Assalamualaikum.



INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN.




Semalam, hari Jumaat, bertarikhkan 16 haribulan November, tahun 2012, Aunty aku yang di sayangi org ramai, yang paling aku sayang dan yang paling memahami aku, pergi meninggalkan kami buat selama lamanya. Aku tak dapat percaya. Kenapa aunty aku pergi? Kenapa harus dia? Ya Allah, kenapa dia? Sebab karma terhadap aku masih berjalan? Masih banyak rancangan yg aku dah plan untuk buat dgn dia. Aku belum habis SPM lagi, tapi dia dah pergi tinggalkan kami buat selama lamanya.





Aunty aku,



Dia tak pernah buat aku sakit hati. Bukan aku sorg je. Malahan ramai lagi. Dia selalu buat org ketawa. Semua orang suka kan dia. Dia dengan ramah mesranya, riang rianya, personality dia yang selalu ceria, peramah and friendly, no one can replace her. Bibir aunty aku tak pernah lekang daripada senyuman. Aku paling suka bila tengok aunty aku gembira sebab dlm banyak-banyak makcik aku, dia lah yg paling happening sekali. Raya tahun depan mungkin tidak seberapa meriah tanpa dia. Dan mungkin jugak takde makna bagi aku. Kalau hari perayaan datang, org yang paling aku tunggu2 ialah Aunty aku. Sebab bagi aku, without her, sambutan hari raya mmg tak meriah. Bila dia beraya kat kampung suami dia kat Sabah, aku takde mood. Rumah nenek aku tak bising dgn suara dia. Selain mak aku, dia adalah yang paling excited nak hias rumah nenek aku cantik-cantik.




Semalam, tengah hari, masa tu aku masih tidur. Tapi aku terjaga sebab adik aku terjerit2 bangunkan aku. Dia ckp "Aunty dah tak ade". Aku terus bngun. then aku ckp, "Ape? betul ke?" aku tak percaya. Aku masih tak percaya. Mungkin aku salah dgr. Tapi adek aku ckp "Yelah". Simple. Tapi adik aku, dia jugak seolah terkejut. Perasaan aku masa tuuu... tak percaya. Kenapa aunty? Kenapa? Apa salah dia? Lepastu aku suruh adik and kakak aku bersiap. Sebab mak aku text aku suruh kami bersiap. Nanti ade org yg amik kitorg kat rumah. Masa aku berkemas tu, aku menangis. Aku ckp " Ya Allah, kenapa mesti aunty? Kenapa? Apa salah dia Ya Allah?" Lepastu aku suruh adik aku cepat-cepat mandi. Lepastu giliran aku. Masa aku mandi, aku menangis lagi. 
Cepat je aku mandi. Selalunya, aku selalu buang masa dalam jamban. Lepas tu, kitrog kemaskan diri untuk pergi ke rumah nenek. Sepanjang perjalanan tu, aku menangis. Aku ingat kenangan-kenangan aku dgn arwah aunty aku. Kenangan aku dari kecik sampai lah kenangan yg last sekali, kenangan kat Kuching, Sarawak. Aku tak dapat tahan sebak aku. Aku tak peduli adik dan kakak aku tengok aku menangis ke ape. 



Sampai je kat rumah nenek, aku tengok org ramai kat luar. Aku malas nak tengok kat ruang tamu. Aku naik ke tingkat atas kejap. Masuk bilik utama. Duduk atas sofa, menangis. Bila aku dah dpt kawal air mata aku sikit, aku turun ke tingkat bawah, tengok jenazah aunty aku. Aku mcm tak percaya. Lepastu aku duduk kat sebelah cousin aku, Jasmine. Aku tnya dia, "Kenapa aunty meninggal. Sakit apa?". "
She collapsed suddenly. Then she's gone." itu jawapan Jasmine.



Aku tengok jenazah aunty aku. Muka dia putih je. Aku mcm tak percaya yg dia dah pergi. Lepastu aku bangun and pergi ke bilik nenek aku. Aku menangis lagi. Aku lap air mata aku, mungkin pujuk diri sendiri. Lepastu aku keluar. Aku berdiri kat belakang cousin2 aku, si Jasmine and Jasmir. Aku mampu tengok dari belakang je. Hati aku sebak. Sebenarnya aku tak sanggup tengok aunty aku dalam keadaan macam tu. Tapi, memandangkan yg itu adalah kali trakhir aku tengok dia, aku sanggup berdiri lama-lama untuk tgk jenazah aunty aku. Orang ramai. Lepastu Jasmina dtg, adik kepada Jasmine and Jasmir. Dia tnya, "kau menangis?" Aku ckp " Habistu, kau nak aku ketawa sebab Aunty meninggal?" Mungkin marah, sebab emosi aku tak stabil. Aku naik ke tingkat atas, menangis. Lepastu mak aku dtg. Mak aku ckp "ini kali terakhir korang tengok dia. Pergi bawah.". Mata mak aku merah. Aku pergi ke bilik aunty aku. Aku tengok pakaian-pakaian dia. Hati aku sebak. Aku tak dpt tahan. Aku menangis lagi. Lepastu aku turun bawah. Jenazah aunty aku nak di mandikan. Sebelum dia dimandikan, kitorg cium dahi arwah aunty. Sejuk. Masa aku cium dahi dia, dlm hati aku ckp "bye aunty". Lepas di mandikan, aku tengok arwah di kafankan. Lepastu aku pergi ke bilik nenek aku. Aku harap semua ni hanya mimpi. Aku berharap sgt yg semua ni hanya mimpi. Lepastu aku keluar. Mak ngah aku call, dia ckp kalau boleh dia nak gambar aunty aku semasa di uruskan. Suara mak ngah lemah. Jenazah aunty aku di sembahyangkan. Lepas di sembahyangkan, van jenazah dtg. Sebelum arwah di bawa ke kubur, kami sekali lagi cium tgn dan dahi arwah untuk kali terakhir. Kali ni semua menangis. Aku tengok usu aku, mak aku dan semua org. Masa aku nak cium tgn dan dahi arwah, aku sebak. Wa Rose aku ckp "jangan biar air mata kau kena dia" aku tak dpt. Masa tu aku menangis teresak-esak. Lepastu aku tengok Mak su aku. Tak pernah tgk Maksu aku menangis mcm tu. Lepastu jenazah di bawa masuk ke dlm van jenazah. Aku pun ikut masuk ke dlm van tu. Dalam van tu, mak aku, uncle aku(suami arwah), Adam and Shira, and ada lagi org yg aku tak kenal. Hanya orang yang rapat dengan arwah je dalam van tu. Aku menangis. Aku tengok keranda aunty aku. Aku perasan yang uncle aku tengok aku. Mungkin dia tak pernah tengok aku menangis. Tudung aku dah basah dgn air mata aku. Muka aku dah merah. mata aku dah kembang. Lepastu kitorg sampai kat kubur. Aku tengok cousin aku si Faisha dah tunggu kat dpn. Dia panggil aku. Lepastu dia ckp "kenapa ni?". Aku ckp lah aunty aku dah meninggal. Dia ckp dia tahu tapi kenapa? Aku cerita kat dia tapi aku tak dpt tahan sebak. Faisha tenangkan aku smbil bawak aku ke kubur arwah aunty aku. Aku berdiri & tengok arwah aunty aku di kuburkan. Ya Allah, betulkah semua ni? Kat kubur tu, aku masih lagi berharap yg semua ni cuma mimpi. Aku tengok Adam and Shira, Si Adam tu tak tahu apa2. Lepastu aku pergi duduk belakang dgn mak aku. baca doa apa semua. Then kitorg pergi ke kubur aunty. Kitorg nak siram air bunga kat kubur aunty aku. Masa balik dari kubur, aku menangis. Tak mampu nak buat apa-apa.





Sampai kat rumah nenek, aku duduk kat luar. Aku taknak masuk ke dalam. Lepastu aku join dgn Adam, Shira & kakak aku. Aku tengok muka dorg. Shira diam je. Tapi bila ckp dgn kitorg, dia senyum. Adam masih tak tahu apa2. Malamnya, aku duduk dlm bilik nenek aku dgn Jasmine, Niesa, Jasmina dan adik aku. Kitorg ckp2. Aku cuba untuk hilangkan sebak tapi aku menangis. Tapi sikit je. Jasmine ckp "dah la tu. Jgn menangis lagi" aku cakap. Aku tak menangis. Aku kesat hingus aku je. Lepastu dorg keluar jap. Aku tak ikut. Aku takde mood. Then nenek aku masuk. Nenek aku minta aku kemaskan bilik dia. Masa aku kemas-kemaskan bilik dia, dia  ckp "Orang terbaik dah pergi. Auntie kau dah tak ada lagi. Aku sedih. Nak menangis. Tapi mata aku terasa sakit. Then kitorg p makan. Sebenarnya aku takde mood nak makan. Takda selera. Tapi mak aku suruh aku makan. Dia tak paksa tapi, aku rasa bersalah jugak. Lepas makan, aku masuk dalam bilik nenek lagi. Jasmine & yg lain dah ada. Aku try untuk hilangkan kesedihan aku. Dpt lah jugak sikit dgn bantuan budak2 kecik. Dorg buat lawak. Aku ckp jgn over sangat. Hormat si mati. Lepastu kitorg balik. Aku ingatkan balik terus. Rupanya kitorg balik nak ambik baju. Lepastu kitorg balik ke kampung semula. Sampai je kat kpg, aku tengok semua makcik-makcik aku dah ada. Selalunya, arwah aunty aku yg selalu ada, makcik-makcik aku yg kat depan aku tu yang selalu tak ada. Tapi sekarang dah terbalik. Masa nak tidur tu, aku tak dpt tidur. Aku teringat kat arwah. Aku tidur pukul 5. Dan sekarang ni. mmg bukan mimpi. Tak ape lah. Allah lagi sygkan dia. Allah lagi berhak.






Arwah auntie, Uncle Ah-neng, Syira & Adam.

Her last doa qunut.
Al fatihah.

Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillahirabbailalamin.
Arrahamanirahim.
Maliki yaw mid-din.
Iyyaka na'budu waiya kanass ta'in.
Ihdinas siratal mustaqim. 
Siratallazi na an'am ta'alaihim.
Ghayri i-maghdhu bi'alayhim
wala dh dhallin.
Amin.

Ya Allah, kau tempatkan lah aunty aku di kalangan org yg baik-baik. Aunty aku mmg baik orgnya. Dia tak pernah sakitkan hati aku. Bukan aku sorg, malahan ramai. Ramai org yg sayang dia. Tapi Kau lebih sygkan dia. Kami redha. Tolong jagakan dia di sana Ya Allah.





:(

No comments:

Post a Comment

Ruangan ini akan menunjukkan samaada awak bijak, atau sebaliknya.