Friday 9 November 2012

Tak suka sekolah sebab

Aku tak suka sekolah bukan sebab aku suka suka nak tak suka dengan sekolah. Aku sebenarnya suka sekolah. Aku suka belajar. Aku suka bila kepala otak aku ditambah dengan infomarsi terbaru. Aku suka bila kepala otak aku menerima satu lagi pengetahuan. Buku, pensil, pen, pemadam, pembaris, apa lagi peralatan sekolah? Habis cuti hujung tahun, aku memang excited bila mak aku ajak aku pergi beli barangan sekolah.





Dalam excited, ada sedikit rasa tidak suka. Tak suka apa? Bangun pagi? Could be. Tapi itu bukan alasan utama kenapa aku rasa tidak senang hati. Bangun pagi itu tidak menjadi masalah bagi aku. Apa yang aku tak suka ialah, classmates. Tak kira, setiap tahun, setiap kelas atau setiap sekolah.





Disini, aku nak confess something. Confession ini mungkin akan menjatuhkan sedikit air muka aku sebagai seorang manusia, tapi takpe. Confession ini mungkin akan menggembirakan hati-hati manusia yang tak berapa nak puas dengan aku kat luar sana. Tapi takpe. Confession ini mungkin akan membuatkan anda menganggap aku sebagai seorang loser, sekali lagi, takpe. Memandang aku seorang manusia yang berani dan tak gentar dengan ejekan orang lain walaupun aku selemah bayi, aku akan confess jugak.




Setiap tahun, dari darjah 1 sehingga habis sekolah, boleh dikatakan aku ni adalah mangsa buli. Aku tak tahu kenapa mereka buli aku. Nak kata aku nerd, mana ada. Nak kata aku ni ada ejek nama bapak orang, aku diam je. Nak kata aku ni pendiam sangat masa kecik dulu, tak jugak. Nak kata takde orang nak berkawan dengan aku, tak jugak. Ade je manusia datang berkawan dengan aku dulu. Mungkin mereka buli aku sebab aku tak cantik kot? Ntah. Aku ni tak cantik ke? Mungkin. Ada ke manusia yang perfect sangat sampai yang tak perfect ni kena buli? Tapi mereka tak buli aku dengan teruk lah. Sikit-sikit je. Tapi dorang tak tahu yang sikit-sikit tu lah yang akan kekal kat hati seseorang tu lama-lama. Mungkin sampai selama-lamanya.





Ada jugak manusia yang tak suka dengan aku. Tapi, aku tak tahu kenapa. Aku tak ada pun jeling-jeling dia masa aku umur 10 tahun dulu. Tiba-tiba ja dia benci aku and jeling tajam bila aku lalu depan dia. Aku tak takut nak mention nama dia. Nur Fitri Afeeza and Amy Asmira. Okay Fitri, I want to ask you something. All of this time, since I was 8 until now, 17(2012). I still am wondering. Why do you hate me? What do you really hate about myself? Nak kata aku ada kacau kau, aku xpernah. Right? Maybe you hate me sebab aku x cantik as you and your friends? Sekarang masih? Kecantikkan dan rupa paras masih menjadi syarat utama untuk kau suka seseorang? I just want you to know, masa kecik, aku teringin nak berkawan dengan kau since rumah kita dua x jauh. Seriously. Amy pun sama. Masa sekolah menengah, kita gaduh besar right? Ahaha. Immature. I hope you noticed this la. I hope you search your own name on google and I hope the result will lead you to my blog and answer my question. Don't leave me wondering forever. I hate it:)




Okay, moving on. Aku taknak bagitau lah macam mana aku kena buli. Tak teruk actually. Tapi, disebabkan aku kena bulilah, aku tak suka sekolah. Aku takut nak turun sekolah. Mak aku, bapak aku, makcik pakcik aku, semua tak tahu pasal ni. Sebab aku memang jenis yang tak bukak mulut. Aku tak bagitau mereka yang mental aku sedang dibuli oleh manusia yang berada di sekolah. Darjah 6, paling aku tak tahan. Aku taknak mention nama sekolah tetapi aku akan mention nama kelas. Aku masuk kelas 6a2 sebagai pelajar baru tahun 2007. Biasalah sebagai pelajar baru, classmates pun sambut la dengan baik-baik. Plus, kat dalam kelas tu aku ada cousin aku dan cousin kepada cousin aku. Makcik aku pun mengajar kat sekolah tu. Tapi, layanan baik mereka terhadap aku hanya berlangsung for 3 weeks. Tak sampai 3 minggu rasanya. Mereka dah tunjuk belang mereka. Mereka pulaukan aku, tapi aku tak kisah. Standard aku bila masuk kelas pandai. Mesti kena pulau. Jahanam babi. Syafiq pondan, Sofea hidung badut(merah) and Rafidah tikus adalah makhluk yang paling tak suka aku. Mereka ada clique mereka sendiri and mereka bertiga lah ahli clique tersebut. Tempat sebelah rafidah kosong so aku terpaksa duduk sebelah rafidah.





Banyak jugak benda yang mereka buat untuk buat aku down tapi aku still senyum-senyum kambing depan mereka. Dan senyuman aku lah yang membuatkan mereka tidak senang duduk lalu memberi gelaran "cina tengo"(aku sampai skrg tak tahu maksud tu). Ada satu hari tu, cikgu tak masuk kelas. Syafiq tu pun buatlah perkara-perkara yang pondan selalu buat. Dia naik atas meja then bergelek. Memang, niat dia nak buat satu kelas ketawa. Tapi bila aku ketawa, dia sepak meja aku macam tu je. Kena dada aku. Masa tu baru aku rasa macam terhina. Dia boleh ckp "Oops" sambil tutup bibir dia dengan 4 jari dia. Kau tahu la macam mana pondan cakap "oops" sambil gesturing. Darjah 6, tahun aku ambik UPSR. Dan tahun yang aku banyak ponteng sekolah. Aku ponteng sekolah sebab aku taknak tengok muka classmates yang anggap aku macam apa. Tapi mak aku, pakcik aku, makcik aku, nenek aku, atok aku, cikgu aku, cousins aku, seluruh sekolah anggap aku PEMALAS. Makcik and pakcik aku sampai sekarang anggap aku pemalas. Dorg tak tahu ke yang budak-budak dalam kelas tu punca aku taknak turun sekolah? Dah la aku kena buli, dorang pulak salah anggap kat aku. Aku baru 12, macam-macam yang aku kena tanggung. Perasaan rindu dan duduk balik dengan bapak aku, perasaan nak duduk dengan mak, perasaan nak balik ke sekolah lama, perasaan nak lari, perasaan nak menangis, perasaan nak untuk dengari, di fahami.




Dah nak dekat UPSR.
Satu pagi Isnin, sekolah baru habis perhimpuan. Sebelum bersurai, guru besar inform kat kitorg yang dia akan panggil budak-budak yang ada dalam senarai yang berada kat tangan dia. Nama budak-budak tu pun di panggil. Okay, semuanya budak-budak dari kelas hujung. Budak-budak ponteng. Nama aku tak dipanggil. Aku balik ke kelas. Baru duduk kat atas kerusi dalam kelas aku, ada sorang budak dari kelas lain panggil aku. Dia ckp ada someone nak jumpa aku. Aku sebenarnya tak tahu sape yang nak jumpa aku. Tapi budak-budak kelas aku cakap, mungkin guru besar terlupa nak panggil nama aku. Lepastu classmate aku cakap "Padan muka kau" "Nasib kau la" "Kena rotan dgn guru besar lah kau lepasni" "Harap dia rotan kau sampai mampus" "Kitorang nak tengok darah kat tangan kau nanti" sambil buat muka mengejek dan ketawa. Masa tu aku sedar yang perangai mereka tak ubah seperti syaitanirojim. Mereka suka tengok aku berada di dalam kesusahan. Mungkin aku kena panggil guru besar sebab aku ponteng sekolah. Tapi sape yang menyebabkan aku ponteng? Classmate aku, budak-budak yang ketawakan aku masa nama aku dipanggil. Mereka ketawa dan gembira dan yang paling kejam sekali, dorang bersorak sebab mereka dah berjaya 'tumpaskan' aku. Kau bayangkan, 36 orang lawan 1. Aku nak hadap 36 orang yang selalu buli aku. Kau sanggup?





Aku nervous jugak lah. Guru besar aku tu walaupun dia kelakar, tapi bila bab menghukum, dia tak main-main. Part menghukum tu adalah part favourite dia. Dia akan hukum students dia betul-betul dan dia akan merotan student dia dengan sepenuh hati. Makin dekat aku dengan selekoh kanan menuju ke arah dewan tu, makin tu la kaki aku menggeletar. Sebab kat situ la budak-budak dari kelas hujung tu kena hukum. Tapi, budak kat depan aku tu limpas selekoh tu, instead of belok ke arah dewan tu, dia naik tangga menuju ke atas. Aku hairan lah jugak. Tapi dalam kehairanan tu aku agak lega sikit. Sebab tak berhadapan dengan guru besar. Masa aku melimpas mereka yang sedang kena jerit dengan guru besar tu, aku perhati mereka sorang-sorang. Ha'ah. Betul. Sorang pun tak angkat kepala mereka. Semua tunduk. Kalau aku berada di posisi yang sama waktu tu, mungkin aku akan melakukan benda yang sama. Haha. Lepastu budak depan aku berhenti kat depan satu bilik. Dia suruh aku masuk. Aku baru duduk nak buka kasut, budak tu berdesup hilang. Lepastu aku masuk bilik tersebut. Ada sorang cikgu perempuan yang tengah kemas-kemas bilik dia sambil cakap "Ha, masuklah" sambil tersenyum. Aku rasa kat sekolah tu, dia sorang je kut yang cakap bagus-bagus and senyum dengan aku. Walaupun dia hanya cakap "Ha, masuklah". 




Selesai kemas-kemas bilik, dia senyum kat aku. Dia suruh aku duduk kat sofa. Kemudian dia mendekati aku dan duduk di sebelah aku "Awak ada masalah ke?" dia tanya aku. Aku tunduk dan menggeleng kepala. Aku memang tak suka bagitau masalah aku kat orang sebenarnya. Dari kecik lagi. Tapi cikgu tu pujuk-pujuk aku. Dia nak dengar masalah aku. Payah jugak la dia pujuk aku. Aku tetap geleng-geleng. Sampai satu part tu dia cakap, "Tak apa. Cerita je lah. Dulu kan, ada satu budak ni dia macam awak. Lepas dia cerita kat cikgu, dia lega. Tak apa, cikgu akan simpan rahsia awak dalam peti." sambil dia tunjuk ke arah kepala otak dia. Oh ya, selain daripada tak suka menceritakan masalah aku dan keras kepala, aku jugak seorang yang tak percaya dengan manusia sejak dari kecik. Moving on, aku akhirnya gave up. Dan mula menceritakan semua masalah aku dengan cikgu tu. Baru sikit aku cerita dengan dia, aku dah menangis. Haha adoi, lemah betul. Aku ckp la yg budak-budak kelas aku bersungguh-sungguh je nak jatuhkan aku walaupun aku tak ada buat apa-apa dengan mereka. Termasuk cousin aku. Cousin aku fitnah aku sampai budak-budak dari kelas 1 sampai 4 pandang buruk dgn aku. Aku cakap aku rindu family aku, mak and bapak aku selalu busy, bila berjumpa asyik tak bersefahaman, semua orang cakap aku malas... Aku cerita semua dari A-Z. Lepas aku habis ceritakan semua, cikgu tu bagi aku kata semangat. Dia suruh aku pedulikan semua haram jadah dan taik-taik yang ada dalam kelas aku. Dia suruh aku fokus kpd pelajaran. Masa tu baru aku rasa yg masih ada lagi yg "care" pasal aku dan aku mula pandang budak-budak dalam kelas aku tu sebagai tahi. Kau tahu? Otw aku balik kelas, aku senyum. Masuk kelas, masih tersengih macam kambing. Budak-budak pun ejek lah macam biasa. Aku? Masih senyum. Dorg ckp padan muka, aku masih senyum. Sampai ada yg cakap aku gila. Sejak daritu, aku betul-betul ignore mereka. Kedudukan aku dalam kelas, dari nombor 35, aku naik ke nombor 5. Markah-markah ujian aku cemerlang. Math aku lulus, sains aku lulus. Ini bukan rekaan semata-mata. Ini betul. Betul-betul terjadi. Masa correction BI, ada satu soalan yang mempunyai 2 jawapan yang betul, cikgu tanya aku. "Soalan no 18 jawapan dia apa Anne?" classmate aku yg lain pandang aku yg duduk kat belakang sekali. Aku jawab "B". HAHAHA. Baru korang tahu sapa aku. Aku dah balas dendam terhadap classmate aku.





Dulu suka sangat panggil aku bodoh kan. Memang la, korang yang halang aku nak jadi pandai. Kalau korang tak wujud, mungkin aku berada dalam kelas paling pandai, 6a1. Prestasi aku naik. Tiba-tiba je mereka berbaik dengan aku. Daripada tak ada kawan langsung, aku dah ada 4-5-6 orang kawan. Ko tengok perangai mereka yang macam taik tu? Munafik, hipokrit. So, result UPSR aku banyak A. Semua orang tak menjangka yg aku lulus. Co-worker mak aku, makcik aku, semua lah. Masa ambil anugerah kat atas pentas, cikgu yang bagi nasihat kat aku tu tarik tangan aku then dia cakap dia berbangga dgn aku. Cikgu tu tak henti-henti tepuk bahu aku. Aku mmg berterima kasih dengan cikgu tu. Sebab dia yang kasi aku semangat. Dia je makhluk yg baik kat dalam sekolah tu. Cikgu kelas aku yg selalu menjerit, tikam buku, and tampar muka aku tiba-tiba baik dgn aku. Actually kan, cikgu-cikgu kat sekolah tu mmg terkenal dgn perangai 'rengat' mereka. Cikgu-cikgu kat sekolah tu mmg garang. Bukan aku sorang je yang pernah kena tampar. Ramai lagi. So, cerita aku ni boleh dikatakan happy ending la.




Kepada korang yang kena buli kat sekolah atau kelas tu, rileks. Motivasi kan diri korang. Ignorekan taik-taik tu. Kalau kau endahkan mereka and focus, kau akan berjaya. Percaya la cakap aku. Aku pun pernah merasa. Don't worry, OK? Kalau rasa dah tak dapat tanggung, cari someone untuk kau luahkan perasaan. Everything's gonna be alright. You'll be fine:)

4 comments:

  1. nice motivation :D bout to cry T^T haha pernah rasa dihina jugak waktu sekolah rendah dulu. bestfriend sendiri layan macam tahi. padahal kalau bukan ai yang tegur budak tu masuk memula masuk sekolah dulu, dia takkan ada kawan lain; she'll be a loner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu biasa. Manusia memang mudah lupa. Daripada jaga hati orang lain, lebih baik jaga hati sendiri. Sebab in the end of the story, semua orang akan keseorangan juga :)

      Delete
  2. hihi...ingatkan all this while saya je berpengalaman dan berperasaan sebegini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? I thought I was the only one too. Perasaan bila kita fikir "I guess I'm the only person in this situation" tu sedikit sebanyak memang membunuh.

      Delete

Ruangan ini akan menunjukkan samaada awak bijak, atau sebaliknya.